Connect with us

Berita Lain

Manifesto PRU13 BN Negeri Sembilan Tercapai Sepenuhnya – Mohamad


SEREMBAN – Kesemua 44 manifesto atau Aku Janji Barisan
Nasional (BN) Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas,
berjaya dicapai dalam tempoh lima tahun, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri
Mohamad Hasan.
Beliau berkata meskipun pada peringkat awal, BN negeri
menyenaraikan 45 Aku Janji, satu daripadanya terpaksa digugurkan memandangkan
ia janji yang bersifat kemahuan dan bukannya keperluan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Cuma satu saja, dan satu ini pun bukan kita tidak dapat nak
selesaikan atau tidak dapat nak buat tetapi memang kita tak nak buat, untuk
menjadikan kawasan Masjid Negeri dan kawasan Kompleks Mahkamah Syariah yang
lama serta tempat bangunan lama Majlis Agama Islam negeri dan Pejabat Tanah
Seremban sebagai pusat ketamadunan Islam…kita ketepikan dahulu kerana itu
satu bentuk kemahuan, bukan keperluan.
“Kita merasakan perbelanjaan yang nak kita adakan (untuk
membina) pusat ketamadunan itu, ada tempat yang lebih baik untuk (kita
belanjakan bagi) mengatasi isu-isu keperluan rakyat. Itu sebabnya kita tidak
buat,” katanya dalam temubual khas bersama Bernama di sini.
Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan,
bagaimanapun berkata perkara itu tidak akan dimasukkan dalam manifesto BN
Negeri Sembilan untuk PRU14 yang akan dilancarkan 21 April ini, sebaliknya
diletakkan sebagai projek di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
untuk dilaksanakan.
Antara kandungan manifesto BN Negeri Sembilan itu ialah
pemberian insentif kepada anak negeri mendapat ijazah kelas pertama; bantuan
kepada anak negeri berjaya memasuki institusi pengajian tinggi; menaik taraf
Institut Tahfiz Al-Quran (ITQAN), Gemencheh; memperkasa Negeri Sembilan sebagai
lembah ilmu dan memastikan tiada golongan miskin tercicir daripada mendapat
bantuan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Turut disenaraikan ialah memastikan sifar miskin tegar;
cukai tanah nominal untuk sekolah bantuan modal; menambah bilangan rumah mampu
milik; memastikan penyelenggaraan dan menambah baik kemudahan jalan raya.
Selain itu, melebar luas wifi percuma (1NS wireless);
pembinaan tol baharu Labu-Seremban; mengisytiharkan Seremban sebagai bandar
raya dan mewartakan 40 kampung Orang Asli yang belum diwartakan serta menambah
baik kemudahan awam dalam bandar dan antara bandar.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel