Connect with us

Berita Lain

“Mentang-Mentang Dia Hitam, Cakap Pun Pelat, Kita Label Dia Bodoh,” Lelaki Ini Selar Netizen Yang Suka Pandang Rendah Pada Warga Bangladesh



5 April – Apakah pandangan anda terhadap warga asing terutama yang beragama Islam? Kebanyakkan daripada mereka datang ke negara ini untuk bekerja dalam sektor yang kurang mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia.


Seorang pengguna Facebook, Mufarwa Farid  berkongsi pengalaman beliau berbual dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang bekerja di sebuah Pasaraya Mydin di Seremban 2.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Perbualan itu berlaku di dalam surau pasaraya tersebut apabila Mufarwa hendak melipat sejadah yang telah digunakan dan disapa oleh lelaki tersebut supaya biarkan sahaja sejadah itu. Dia akan kemas sejadah tersebut.


Jom ikuti perkongsian Mufarwa Farid. Semoga bermanfaat.




Selesai solat Maghrib di Mydin Seremban 2, aku bangun untok sidai sejadah kat belakang.


Tengok-tengok ada seorang lelaki Bangladesh tengah menyusun semua sejadah yang ada kat situ. Aku pun sidailah sejadah aku sebelah dia.


Kemudian dia kata, “Bang, takpa bang. Letak saja. Nanti saya susun.”


“Oh, kamu kerja dalam surau ni ke?” tanya aku.


“Mana adalah bang. Saya kerja dalam (dalam Mydin). Hari ini cuti.” jawab dia sambil fokus menyusun sejadah yang berselerak.


“Kamu memang kena susun ke sejadah kat sini?” tanya aku lagi.


“Takdalah bang. Saya memang suka buat ini kerja. Tak boleh lah tengok ini jatuh sana jatuh sini, takda susun. Ini tempat kita sembahyang tau. Kalau semua tak mau susun, biar saya susun saja. Itu pahala pun dapat.”


Kagum aku dengar jawapan tu. Aku salam dia, lepas tu senyap-senyap ambik gambar dia, tapi muka tak nampak. Ruginya…


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sesetengah orang kita selalu pandang hina kat bangsa Bangladesh ni.


Mentang-mentang dia datang dari negara dunia ketiga, kulit dia hitam, cakap dia pelat, kita terus labelkan dia bodoh daripada kita.


Advertisement



Padahal, kita tak sedar, bodoh-bodoh dia pun kita kata, dia datang sini buat kerja sungguh-sungguh nak bagi family dia makan kat Bangladesh tu.


Dan sibuk macam mana pun diorang bekerja, diorang tetap ada masa untok ke surau dan masjid.


Dan hari ini, aku jumpa pulak seorang warga Bangladesh yang ada kesedaran nak bantu orang lain. Bukan setakat datang sini untok cari makan, dia datang ke surau untok solat. Bukan sekadar solat, dia bantu pulak susun semua sejadah yang ada.


Kita kena ingat, dia susun tu atas kemahuan dia. Bukan sebab duit. Takda siapa orang nak bagi duit kat orang yang susun sejadah dalam Mydin.


Tujuan dia susun tu hanyalah disebabkan dia tak nak tempat tu berselerak. Malah yang lebih mengagumkan, dia susun sebab dia hormat dengan sejadah yang menjadi tempat sujud pengguna surau tu.


Kita?


Habis guna, main lempar je atas penyidai. Nak lagi sopan, kita hanya lipat je atas lantai, lepas tu biar je orang pijak-pijak sejadah tu. Yang lagi rare, ada yang lipat dan gulung-gulung sejadah tu lepas tu buat bantal untok dia tidur. Dah habis tidur, tak reti nak lipat balik. Apa setanlah punya perangai.


Akhirnya, orang-orang yang kita panggil bodoh daripada kita inilah yang tolong susun dan lipat hasil-hasil daripada tangan kita sendiri.


Dia tak dapat gaji, dan orang pun tak pandang hasil kerja dia. Tapi, kita sendiri tahu, Tuhan pandang kerja dia, dan Tuhan bagi ganjaran pada dia.


Dan itulah yang buat dia jauh lebih hebat daripada kita.


(‘Kita’ tu tak merujuk kepada semua orang Malaysia. Tapi khusus untok orang buat onar yang aku sebutkan tu lah. Tak semua orang Bangladesh baik macam dia, dan tidaklah semua orang Malaysia tu jahat. Tulisan ni nak bagi kesedaran saja.)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel