Connect with us

Berita Lain

Najib Banyak Membantu Selamatkan Proton


PEKAN – Datuk Seri Najib Tun Razak banyak membantu
menyelamatkan perusahaan Proton walaupun tidak pernah terlibat dengan isu-isu
lampau kereta nasional itu, tetapi atas prinsip tanggungjawab, beliau
campurtangan, kata Pengarah Urusan Kumpulan DRB HICOM Datuk Seri Syed Faisal
Albar Syed Ali Rethza Albar.
“Kita tidak boleh biarkan Proton musnah,” kalimah yang kerap
diulang perdana menteri ketika syarikat pengeluar kereta nasional itu
menghadapi saat-saat getir, dua tahun lalu, menurut Syed Faisal Albar.
Beliau berkata ketika itu Proton berhadapan dengan risiko
kemusnahan jika tidak diselamatkan kerana masalah pasaran automotif negara yang
terlalu kecil sedangkan kos pengeluaran tinggi, tambahan pula Najib memikirkan
nasib pekerja syarikat itu, jika tiada tindakan dilakukan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau hendak ikut jalan senang, kerajaan boleh biarkan
sahaja Proton dan tidak berbuat apa-apa. Tapi sebagai pemimpin yang
bertanggungjawab, beliau sendiri menggembleng jentera kerajaan untuk menjadi
satu pasukan bersama-sama dengan DRB HICOM .
“Itu semua bagi memastikan kita mencapai kejayaan dalam
pelan pemulihan Proton. Alhamdulillah kita mendapat Zhejiang Geely Holding
Group (Geely) sebagai rakan strategik. Tiada orang lain yang kami berterima
kasih melainkan perdana menteri yang memainkan peranan penting untuk selamatkan
Proton dan DRB HICOM,” katanya.
Syed Faisal Albar berkata demikian dalam ucapannya pada
Majlis Ramah Mesra Bersama Warga DRB HICOM dan Pelancaran Projek Perumahan
Rakyat (PPR) Pekan yang dihadiri Najib di perkarangan Puspakom Pekan di sini
hari ini.
Beliau juga berkongsi hakikat bahawa usaha menyelamatkan
Proton juga dipacu oleh visi Najib yang mahu melihat kereta buatan Malaysia
mempelopori pasaran automotif rantau ASEAN.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain itu, kewujudan Kompleks DRB HICOM di daerah ini,
menurut Syed Faisal Albar, juga direalisasikan dengan bantuan Najib, yang
merupakan penyandang kerusi Parlimen Pekan sejak 10 penggal lalu.
“Banyak lagi lokasi yang lebih dekat dengan bandar besar
yang boleh dijadikan kompleks begini, tapi dengan sokongan dan bantuan daripada
perdana menteri maka tersohorlah kompleks kita di Pekan, yang membolehkan ramai
penduduk mencari rezeki.
“… dengan 250 ekar (kira-kira 101 hektar) kawasan di Pekan,
menjadikan kita sebagai majikan terbesar di Pekan,” katanya.
Syed Faisal Albar menamatkan ucapannya dengan serangkap
pantun :
Menghembus tepung mencari benang,
Telah terbina kota terbilang,
Datuk Najib budi dikenang,
Selagi ada bulan dan bintang
Ternyata pantun itu berjaya mencuit hati Najib dan kira-kira
2,500 kakitangan DRB HICOM yang menghadiri majlis itu. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel