Connect with us

Berita Lain

Optimis BN Terus Terima Mandat Rakyat


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat mandat rakyat bagi mene­rajui negara dengan keputusan lebih baik dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Perdana Menteri berkata, mes­ki­pun berdepan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini menerajui pakatan pembangkang, na­mun beliau tidak nampak ada gerakan ke arah untuk mengubah kerajaan sedia ada.
“Tetapi ini tidak bermakna ka­mi akan menang dengan majoriti besar, saya tidak mahu meramalkan begitu tetapi suka saya menyatakan bahawa kita optimis dengan keputusannya nanti.
“Saya melihat Pakatan Harapan sekarang seperti parti cacamarba diketuai bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir, 93, yang selama ini menjadi juara dalam perjuangan hak istimewa orang Melayu namun kini berjuang bersama parti terbesar orang Cina, DAP,” kata­nya dalam sesi wawancara dengan media antarabangsa, Bloomberg.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Najib turut menjangkakan blok pembangkang terpaksa berhempas pulas selepas kehilangan sokongan parti Islam yang banyak membantu ketika pilihan raya pada 2013.
“Penduduk bandar dan pengundi Cina yang berharap ada perubahan ketika itu, kini kurang motivasi untuk terus menyokong pembangkang.
“Sekarang mereka sedar, perubahan yang dijanjikan pembangkang itu mustahil dan saya fikir mereka menyesal,” katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata, meskipun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berdepan ma­salah tadbir urus, namun tia­da bukti yang menyatakan bahawa beliau terlibat dengan penyelewengan dana tersebut.
“Anda tidak boleh mendakwa seseorang sebagai pencuri dan sebagainya melainkan wujud bukti. Sudah dijelaskan, tiada sebarang salah laku. Saya tetap dengan penjelasan itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya mungkin tidak memiliki model perniagaan seumpamanya dan mungkin saya perlu memastikan pemantauan yang lebih rapi. Namun, kita semua belajar daripada kesilapan,” katanya merujuk kepada isu 1MDB.
Ditanya sama ada Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Ti­dak Benar 2018, membabitkan hukuman penjara sehingga enam tahun yang baru diluluskan di Par­limen awal bulan ini boleh digunakan untuk menyekat perbezaan pandangan, Najib berkata, media sosial di Malaysia lebih bebas daripada kebanyakan negara lain.
“Anda boleh mengkritik kerajaan, anda boleh kata kami tidak bersetuju dengan kerajaan, anda boleh kata jangan undi kerajaan, tiada masalah. Saya boleh terima,” katanya.
– Utusan Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel