Connect with us

Berita Lain

Pelajar Maut, 2 Polis Cedera Dirempuh Lori


TAIPING – Seorang pelajar sebuah kolej swasta maut manakala dua anggota polis cedera akibat dirempuh sebuah lori yang hilang kawalan di Kilometer 223.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Taib berkata dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, dua anggota polis Koperal Khairul Zulhamie Mat Deris, 29, dan Koperal Mohd Zamri Zainal, 47, dari Unit Pasukan Peronda Lebuh Raya sedang membantu kereta Honda Civic yang dipandu pelajar berkenaan Muhammad Hakeem Badrol Hisham, 21, yang mengalami masalah tayar pancit.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata ketika dua anggota polis itu sedang membantu, sebuah lori jenis Hino yang dipandu Tuan Nazeri Hashim Tuan Mat Zawai, 35, yang dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju utara membawa muatan barangan runcit dipercayai hilang kawalan lalu melanggar kenderaan peronda polis dan kereta Muhammad Hakeem yang diletakkan di bahu jalan sebelum mengenai ketiga-tiga mangsa.

“Akibat kemalangan itu, Muhammad Hakeem maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan manakala dua anggota polis tersebut masing-masing mengalami patah kaki kanan dan kaki kiri.
“Seorang lagi anggota polis Koperal Yaacob Udin, 53, dan pemandu lori itu tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mohamad berkata mayat Muhammad Hakeem telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat manakala dua anggota polis yang cedera dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata anggota bomba menggunakan ‘air bag’ untuk mengalihkan kenderaan peronda polis bagi mengeluarkan Muhammad Hakeem yang terperosok di bawah kenderaan itu. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel