Connect with us

Berita Lain

Pengorbanan Besar Buat DAP


SHAH ALAM – Penerimaan DAP untuk menggunakan logo PKR pada
PRU14 dilihat sebagai satu pengorbanan besar yang dilakukan oleh parti itu.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
berkata, situasi itu juga adalah satu perkara yang boleh dibanggakan kerana
membuktikan kesatuan parti komponen di dalam Pakatan Harapan (Harapan).
“Saya sangat hargai kerana pengorbanan mereka cukup besar.
DAP bukanlah parti nyamuk, tapi mereka sudah berjaya membentuk kerajaan dan
menang di banyak kawasan.
“Namun atas kesepakatan dalam Harapan, DAP sanggup gunakan
logo kita,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum ini, Pengasas DAP, Chen Man Hin tampil menyatakan
rasa kurang senangnya dengan keputusan untuk bertanding tanpa menggunakan logo
roket parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, Harapan sentiasa
memberikan penjelasan supaya objektif penggunaan satu logo itu dapat difahami oleh
semua parti komponen.
“Saya boleh memahami apa yang dirasakan olehnya apatah lagi
beliau adalah pejuang lama DAP.
“Sebab itu saya katakan ini adalah perkara yang boleh
dibanggakan kerana Harapan mampu menyatukan parti-parti pembangkang,” katanya.
Sementara itu, beliau turut memberi respons mengenai
kehadiran adiknya, Ummi Hafilda Ali pada satu majlis anjuran Bersatu ketika
ditanya oleh media.
“Ketika pilihanraya, setiap satu undi diambil kira jadi saya
gembira sekiranya mana-mana individu yang mendukung kepimpinan Tun Mahathir dan
Pakatan Harapan (Harapan),


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya gembira dan saya agak terkejut apabila dapat tahu dia
hadir pada program tersebut. Tapi ketika itu saya beredar awal kerana terpaksa
ke program seterusnya,” katanya.
Semalam, satu majlis kutipan dana Bersatu diadakan dan
kelihatan Ummi Hafilda duduk bersebelahan dengan Pengerusi Harapan, Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Ketika ditemui wartawan, Ummi akui kehadirannya adalah atas
dasar kesetiaannya dan sokongannya terhadap kepimpinan Mahathir.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel