Connect with us

Berita Lain

Perlembagaan Bakal Dipinda


KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat meminda Perlembagaan negara
bagi membolehkan lebih ramai go­longan wanita be­rada di Dewan Negara, kata Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, martabat wanita wajar diangkat
tinggi ke­rana mereka adalah tonggak kepada pembangunan negara ini.
“Kita akan pinda Perlembagaan, insya-Allah Dewan Negara 30
peratus minimum (milik) wanita,” kata­nya ketika berucap dalam Himpunan Ratu
Hati Negaraku di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Perdana Menteri membuat kejutan apabila hadir ke Himpunan
Ratu Hati Negaraku anjuran Pergerakan Wanita UMNO di Dewan Merdeka Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Beliau yang tiba kira-kira pukul 9.45 malam disambut dengan
lau­ngan Hebat Negaraku daripada kira-kira 5,000 ahli Wanita Barisan Nasio­nal
(BN) yang hadir ke majlis tersebut.
Terdahulu Pengerusi Wanita BN, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
me­nyampaikan ucapan untuk menyokong Manifesto BN untuk wanita yang dilancarkan
Najib pada 7 April lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Najib menambah, wanita kini bukan sahaja memainkan peranan
sebagai isteri atau ibu, sebaliknya peranan mereka perlu diperluas terutama
dalam bidang membuat keputusan.
“Kita tambah lagi peluang wanita naik pangkat, kita akan
tambah le­bih banyak peluang jadi usahawan.
“Kita juga akan pastikan martabat wanita akan terus
diperjuangkan oleh BN,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel