Connect with us

Berita Lain

PM Janji Isu Denggi, Sampah Diatasi Jika Tawan Selangor


JAMINAN… Datuk Seri Najib Razak berkata, masalah sampah dan
denggi teruk di Selangor hanya boleh selesai sepenuhnya jika Barisan Nasional
(BN) diberi mandat mentadbir semula negeri itu.

Perdana Menteri berkata, Selangor tidak seharusnya digelar
‘darul sampah atau darul denggi’ hanya disebabkan kerajaan negeri pimpinan
pembangkang tidak mampu menyelesaikan masalah berkenaan.
“Sekarang masalah air di Selangor, kita letak paling tinggi
sekali untuk diselesaikan, tetapi ini pula masalah sampah dan denggi. Kita
tidak mahu Selangor menjadi darul sampah atau darul denggi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya beri jaminan jika BN diberi mandat semula untuk
mentadbir (Selangor) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), semua masalah ini
akan kita selesaikan, masalah air juga akan selesai,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi BN berucap selepas menyempurnakan
Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf Hospital Kajang (Kompleks Wanita dan
Kanak-kanak) di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S
Subramaniam dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Tan Sri Noh Omar.
Mengulas lanjut, Najib berkata, projek naik taraf Hospital
Kajang adalah langkah Kajang sebenar berbanding langkah sama dilakukan
pembangkang pada tahun 2014 yang disifatkan gagal.
“Ada dua langkah Kajang berbeza, pertama yang dilakukan
pembangkang pada 2014 tetapi tidak sampai matlamat berbanding BN dengan projek
Transit Aliran Massa (MRT) dan kali ini projek naik taraf Hospital Kajang.
“Inilah langkah Kajang sebenar yang kita buat, memberi
manfaat kepada rakyat, malah naik taraf Hospital Kajang menjadi kenyataan,”
katanya.
Mengenai projek naik taraf Hospital Kajang, Perdana Menteri
berkata, projek bernilai RM304.5 juta itu membabitkan pembinaan Kompleks Wanita
dan Kanak-kanak yang dijangka siap pada tahun 2021.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Pada 8 September 2015, saya melakukan lawatan mengejut ke
Hospital Kajang tanpa memberitahu menteri berkaitan untuk melihat sendiri
keadaan sebenar.
“Tiba-tiba saya tercegat di depan (hospital) dan dapat lihat
keadaan sebenarnya dihadapi rakyat. Memang benar Hospital Kajang terlalu sesak
dengan pesakit dan keadaan bangunan terlalu uzur, maklumlah ia dibina sejak
1889.
“Dalam ucapan Bajet 2016, saya mengumumkan Hospital Kajang
akan dinaik taraf dengan peruntukan lebih RM300 juta. Tetapi Noh bisik kepada
saya, apa guna ada hospital moden tetapi air terputus,” katanya.
Kompleks Wanita dan Kanak-kanak Hospital Kajang bakal
menempatkan 272 katil, selain 14 bilik bersalin, enam bilik bedah dan kemudahan
klinik pakar serta pusat harian. – Mynewshub

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel