Connect with us

Berita Lain

PM: PNB Terjejas, ‘Politik Pak Pandir’ Pembangkang


BATU PAHAT, 19 April — Pelaburan rakyat dalam Permodalan
Nasional Bhd (PNB) bakal terjejas sekiranya pembangkang mengambil alih tampuk
pemerintahan negara dengan polisi ‘Pak Pandir’ mereka, kata Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak.
Najib berkata mengikut kajian Kementerian Kewangan,
penghapusan tol, cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dicanangkan dalam manifesto pembangkang
dilihat akan meningkatkan hutang negara kepada RM1 trilion atau pada paras 80
peratus daripada 50.8 peratus ketika ini.
“Ia akan beri kesan buruk kepada Bursa Malaysia.. mata wang
akan terkesan.. PNB akan terjejas.. amanah saham rakyat akan terjejas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bursa (kini) semakin kukuh. Ini ada kait rapat pengurusan
ekonomi negara yang memandang kehadapan. Ini bukan main-main (untuk) jadi bahan
politik,” katanya ketika berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM)
di Stadium Batu Pahat, di sini, hari ini.
PNB merupakan syarikat pelaburan terbesar negara dengan dana
kira-kira RM200 bilion melalui 13.4 juta pemegang unit pelbagai dana amanah
ASNB.
Untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) sahaja, PNB  terkini telah membayar dividen sebanyak
RM10.7 bilion yang dimanfaatkan oleh 9.1 juta pemegang unit.
Najib juga berkata “rakyat mendapat rahmat” dengan
pembayaran keseluruhan dividen sebanyak RM14.6 bilion oleh PNB pada 2017.
“Dengan track record (rekod prestasi) dan dasar
perjuangan… yang wujudkan PNB… yang dekat di hati kerajaan adalah kerajaan
Barisan Nasional (BN).
“Kita tidak boleh bersifat populis. (Kita) raih sokongan
dalam ruang lingkup tanggung jawab. We must be responsible (Kita perlu
bertanggungjawab),” katanya.
Menurut Perdana Menteri, rakyat memahami bahawa jika GST
dihapuskan sekalipun tiada jaminan harga barang akan turun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Malah rakyat juga memahami sekiranya cukai jualan dan
perkhidmatan (SST) dilaksanakan, pembangkang akan menokok 10 peratus dan enam
peratus lagi..(this is) double jeorpady (Ini membahayakan).
“Polisi Pak Pandir pembangkang akan beri kesan buruk kepada
ekonomi negara,” katanya.
Najib juga berkata Manifesto BN yang dibentangkan pada 7
April lalu telah memberi kesan positif di mana tiga badan penarafan telah
membuat “semakan semula” lebih positif.
Bank Dunia telah meningkatkan unjuran Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) Malaysia kepada 5.6 peratus daripada 5.4 peratus sebelum ini.
Sementara itu, JP Morgan dan Institut Penyelidikan Ekonomi
Malaysia (MIER) juga lebih  optimis
terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia, katanya.
“Manifesto BN mendapat penilaian tinggi. Mereka (badan
penarafan) tidak sebut manifesto pembangkang kerana tiada nilai apa-apa,”
katanya.
Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar Johor Datuk
Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar dan
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel