Connect with us

Berita Lain

PM Rungkai Kejayaan Negara Ketika Umum Pembubaran


KETIKA membuat pengumuman mengenai pembubaran Parlimen untuk
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Datuk Seri Najib telah mengariskan pelbagai
kisah kejayaan yang dicapai negara selama ini.

Ia demi rakyat dan negara yang menjadi teras kepimpinannya
sejak menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009 daripada Tun Abdullah Ahmad
Badawi dan sehingga sembilan tahun berlalu, banyak kejayaan telah dilakar.
Berikut ialah ucapan penuh beliau semasa pengumuman khas
berkenaan di Bangunan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada tengah hari
Jumaat yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan:
ASSALAMUALAIKUM WBT, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku
1Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
Dimulai kalam, pada hari yang berbahagia ini, marilah kita
memanjatkan pujian, seraya mengangkat rasa syukur ke hadrat Allah SWT, atas
keizinan-Nya jua, maka saya dan Timbalan Perdana Menteri serta Jemaah Menteri,
dapat bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sempena ucapan khas
ini, yang disiarkan secara langsung di seluruh negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hampir lima tahun lalu, ketika saya mengangkat sumpah semula
sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 6 Mei 2013, apabila parti Barisan
Nasional telah berjaya membentuk kerajaan, setelah diisytiharkan menang dalam
Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.
Kerajaan dengan gigihnya, telah meneruskan usaha untuk
mentransformasi negara, dengan berpaksikan dua kerangka besar falsafah iaitu
Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, yang dicetuskan
pada 2009 dan Dasar Transformasi Nasional, yang dimulakan pada tahun 2010.
Kemudiannya, diikuti dengan beberapa dasar dan inisiatif
utama lain antaranya, Program Transformasi Negara, Dasar Transformasi
Kesejahteraan Bumiputera, dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS.
Ternyata, segala ikhtiar dan kerja keras telah membuahkan
hasil, sehingga berjaya meraih pelbagai kejayaan manis dan pencapaian yang
membanggakan, selain tidak kurang juga berdepan dengan bermacam cabaran getir
yang semakin mematangkan kita, dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk
rakyat.
Malah, bermula dari 2009 lagi, kerajaan benar-benar telah
melakukan “Transformasi Inklusif lagi Komprehensif”, sehingga menghasilkan
sekurang-kurangnya tujuh kejayaan kepada rakyat dan negara.
Pertama: Memastikan Ekonomi Malaysia terus stabil dan
berdaya tahan. Meskipun sewaktu saya mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan,
ekonomi Malaysia telah menguncup sebanyak negatif 1.5 peratus, namun
Alhamdulillah, kita telah berjaya mengharungi krisis ekonomi dan kewangan dunia
dengan baik, teliti serta teratur.
Buktinya, pada tahun lalu, KDNK negara telah mencatat
pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.9 peratus, yakni merupakan antara yang tertinggi
di dunia.
Ini sekaligus menyangkal tohmahan pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab bahawa, Malaysia adalah negara yang bakal bankrap.
Kedua: Pendekatan amalan Kerangka Maqasid Syariah.
Sesungguhnya, amalan yang memenuhi roh dan tuntutan Manhaj Maqasid Syariah,
sebagaimana yang dianjurkan oleh para Ulama Muktabar sejak beratus-ratus tahun,
sekalipun tidak dinyatakan secara tertulis dalam mana-mana dokumen rasmi
negara, namun ternyata, pendekatan ke arah berpegang kepada pedoman, roh dan
prinsip kerangka ini, amat jelas dirasai dalam sebarang pembentukan falsafah
dan penggubalan dasar-dasar penting negara.
Sebagai contoh yang sering diutarakan adalah Dasar
Wasatiyyah Negara, yakni pendekatan kesederhanaan atau moderation, yang tidak
terlalu ekstrem, dengan menolak ideologi Daesh dan IS, serta bukan pula
menjurus kepada fahaman yang terlalu longgar dan liberal, sehingga
keberkesanannya turut diakui oleh banyak pemimpin serta negara di serata dunia.
Antaranya, Malaysia telah mendapat pujian dan pengiktirafan daripada Liga
Muslim Sedunia atau WML.
Ketiga: Meningkatkan pendapatan rakyat dan peluang
pekerjaan. Sebenarnya, kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk
meningkatkan pendapatan rakyat agar setimpal dengan kos sara hidup semasa, agar
semua masyarakat dapat mempunyai pekerjaan, seperti melalui pelaksanaan Gaji
Minimum Kebangsaan yang terkini pada tahun 2016, telah dinaikkan kepada RM1,000
sebulan bagi Semenanjung dan RM920 untuk Sabah dan Sarawak.
Kerajaan juga telah berjaya mewujudkan sebanyak 2.26 juta
peluang pekerjaan baharu, yang semakin menghampiri sasaran 3.3 juta menjelang
2020, kepada rakyat Malaysia.
Malahan, pada 28 Mac 2018 lalu, syarikat Aramco, milik
Kerajaan Arab Saudi telah menyuntik AS$7 bilion atau berjumlah hampir RM30
bilion dana pelaburan ke negara ini, yang dijangka akan merancakkan pertumbuhan
ekonomi dan membuka lebih banyak lagi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda
serta rakyat Malaysia.
Keempat: Melaksanakan pembangunan infrarakyat seperti projek
MRT fasa pertama, yang telah mencipta sejarah apabila berjaya disiapkan lebih
awal daripada yang dijadualkan, hingga menjimatkan RM2 bilion.
Begitu dengan pembinaan projek East Coast Rail Link atau
ECRL, yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri-negeri di sebelah
Pantai Timur.
Selain itu, Kerajaan juga sedang rancak menjayakan projek
High Speed Rail atau HSR yang bakal menghubungkan dari Kuala Lumpur ke
Singapura, dan projek Lebuhraya Pan Borneo tanpa tol, dengan jarak lebih 2,000
kilometer, di Sabah dan Sarawak, yang sudah pasti akan menjadi game changer,
selain membuka peluang dan merangsang lebih banyak aktiviti ekonomi buat
masyarakat di sekitarnya.
Jadi, setelah menyaksikan sekian banyak inisiatif dan projek
kerajaan yang bermanfaat untuk rakyat, mengapa masih ada pihak-pihak yang tidak
senang hati dan berterusan mentohmah kita sebagai sebuah negara gagal? Di sudut
mana yang dikatakan gagalnya?
Kelima: Mensejahterakan kehidupan rakyat. Sebetulnya,
kerajaan begitu memahami cabaran yang dihadapi oleh rakyat dan telah melakukan
sekian banyak inisiatif bagi meringankan beban kehidupan mereka.
Antaranya melalui bantuan-bantuan kepada golongan masyarakat
yang memerlukan, khususnya kepada kumpulan B40 seperti BR1M, memperkenalkan
Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 dan Jualan Sentuhan Rakyat, yang menawarkan harga
barang lebih rendah daripada pasaran, UTC dan RTC menawarkan perkhidmatan tujuh
hari seminggu sehingga pukul 10 malam, bantuan khas kepada para petani,
nelayan, pesawah, pekebun kecil, imam, bilal, tok siak, dan juga para penjawat
awam.
Begitu jugalah dengan inisiatif lain seperti Rumah Mampu Milik,
PPR, PR1MA, PPA1M, SPNB, manakala kepada golongan pertengahan pula tidak
dilupai dengan pengurangan kadar cukai sebanyak dua peratus sebagaimana yang
telah diumumkan dalam Bajet 2018.
Ini tidak termasuk perkhidmatan kesihatan di
hospital-hospital kerajaan yang hanya mengenakan bayaran kepada rakyat serendah
RM1 sahaja. Manakala, bagi kos pendidikan pula, bermula dari pra-sekolah hingga
ke peringkat menengah, telah kerajaan berikan secara percuma dan untuk
Universiti Awam pula, hampir 90 peratus kos pengajiannya ditanggung oleh pihak
kerajaan.
Dipendekkan, hampir kesemua golongan masyarakat di negara
ini, telah benar-benar merasai nikmat dan dasar-dasar yang baik lagi mendatang
manfaat kepada rakyat, yang telah diperkenalkan oleh kerajaan masa kini.
Keenam: Merealisasikan Aspirasi Transformasi Nasional 2050
atau TN50. Sejak pertama kali visi TN50 diperkenalkan, ketika saya pembentangan
Bajet 2017 yang lalu, demi melakarkan canvas dan halatuju negara yang baharu,
untuk tempoh 30 tahun mendatang, supaya tanahair ini diwarisi oleh generasi
TN50 yang Khayra Ummah dan berminda Par Excellence, demi membariskan Malaysia
sebagai sebuah negara antara yang terunggul di dunia.
Ketujuh: Kerajaan ini adalah kerajaan yang boleh dipercayai,
menepati dan mengotakan janji-janjinya. Kerana, saya percaya bahawa, politik
itu bukanlah sekadar menabur janji-janji. Bahkan, lebih utama dari itu, politik
sebenarnya adalah pelaksanaan kata-kata dan keupayaan untuk mengotakan segala
janji-janji kepada rakyat.
Di sudut ini, saya ingin mengatur syukur, apabila Akujanji
Kerajaan Barisan Nasional, setakat 28 Februari 2018 sahaja, telah berjaya
ditunaikan hingga mencapai 99.4 peratus.
Lantaran itu, saya ingin memaklumkan kepada seluruh rakyat
Malaysia bahawa, saya telah pun menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong Ke-15, Sultan Muhammad V, dan menyembah warkah kepada baginda memohon
perkenan supaya Parlimen ke-13 dibubarkan pada hari Sabtu, 7 April 2018.
Sehubungan dengan itu, selaras dengan peruntukan Perkara 55
Perlembagaan Persekutuan, baginda telah pun memperkenankan bagi Parlimen Ke-13
dibubarkan berkuat kuasa pada hari Sabtu 7 April 2018.
Oleh yang demikian, saya menasihatkan kepada Ketua-Ketua
Kerajaan Negeri yang berkenaan, untuk menghadap Ketua-Ketua Negeri mereka, bagi
mendapatkan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing, supaya
Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, dapat
diselaraskan secara serentak di seluruh negara.
Sememangnya, pembubaran ini, menzahirkan komitmen Kerajaan
Barisan Nasional terhadap proses demokrasi berparlimen dengan membolehkan
pilihan raya umum bagi kali yang ke-14 untuk negara semenjak tahun 1959
dijalankan menurut lunas undang-undang.
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, yang menjadi tunjang serta sebati dengan
pemerintahan, kuasa untuk memilih kerajaan, berada sepenuhnya di tangan rakyat.
Apatah lagi, Malaysia sejak merdeka, telah mengamalkan
sistem pilihan raya first past the post, yakni berasaskan jumlah kerusi yang
dimenangi dan bukannya berdasarkan kiraan undi popular, yang sewajibnya
difahami oleh semua pihak, khususnya, melibatkan parti-parti yang akan
bertanding dalam pilihan raya di negara ini.
Sehingga saat ini, kerajaan telah memenuhi mandat dan
mematuhi proses demokrasi berparlimen. Kerajaan ini juga menjunjung tinggi
keluhuran dan kesucian proses penggubalan serta pelaksanaan undang-undang
melalui institusi parlimen yang kita hormati lagi muliakan.
Mulai ketika dan saat ini, saya, bersama dengan Datuk Seri
Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dan rakan-rakan pimpinan Barisan Nasional, akan turun
menjelajah untuk bertemu rakyat di seluruh pelosok tanahair, bagi memberi
penerangan serta meyakinkan warga Malaysia tentang manifesto dan halatuju
negara, yang kami carta serta rencanakan dengan teliti, agar para pengundi
memberi mandat dan peluang sekali lagi kepada kami, untuk membentuk sebuah
kerajaan yang kuat lagi stabil, dengan majoriti yang kukuh.
Dengan izin Tuhan, jika kemenangan sekali lagi berpihak
kepada Barisan Nasional, kami sesungguhnya berjanji dan berikrar, akan
melakukan yang terbaik, lebih baik daripada sebelumnya, dengan melakukan
transformasi yang lebih besar, inklusif lagi komprehensif kepada rakyat serta
negara.
Apa yang penting, perjalanan transformasi tidak boleh
terhenti setakat di sini sahaja. Dunia pun sudah berubah dan kita tidak harus
lagi berundur ke belakang atau kembali semula ke zaman silam yang kelam lagi
malap serta penuh kesuraman.
Sebaliknya kita mesti sama-sama meneruskan kejayaan
transformasi inklusif negara ini, untuk menuju masa depan yang lebih cerah
serta sudah nampak kelihatan cahaya kegemilangannya.
Maka itu, atas nama Negaraku dan penghayatan prinsip Rukun
Negara, saya amat berharap supaya, pilihan raya kali ini, tidak kira apa jua
fahaman atau lambang politik, akan dapat kita sama-sama langsungkan dengan
baik, teratur, penuh hemah dan lancar, sehingga tercapai matlamatnya.
Jika mana rakyat dapat berfikir dengan akal yang waras dan
bukan dengan emosi, kita menyeru kepada semua agar menilai dengan
sewajar-wajarnya akan sekian banyak usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan
Barisan Nasional yang telah stabil, berpengalaman luas serta berasaskan track
record yang terbukti cemerlang sehingga ke persada dunia, sejak enam dekad
lalu, terutama sekali semenjak semenjak tahun yang lepas.
Antara sekian banyak usaha dan pencapaian cemerlang
tersebut, kita telah berjaya memastikan keamanan dan keselamatan, keharmonian
serta kestabilan dan kemakmuran negara tetap teguh terjamin lagi terpelihara,
kita telah berupaya meningkatkan kualiti kehidupan rakyat menjadi lebih bahagia
serta sejahtera, malah, kita juga mempunyai pelan rancangan masa depan yang
sangat hebat lagi tersusun rapi.
Atas keyakinan itu, saya ingin tegaskan, sepanjang tempoh
separuh dekad akhir ini, kita bukan sahaja telah mampu deliver dengan pelbagai
pencapaian dan kejayaan, malah saya dengan beraninya mengatakan bahawa, we have
delivered and we will continue to deliver.
Bahkan, seandainya rakyat terus memberi mandat, memilih
Kerajaan Barisan Nasional yang sedia ada, untuk kekal memerintah bagi tempoh
lima tahun ke hadapan ini, maka Insya-Allah, saya bersama pucuk pimpinan,
sesungguhnya kami menjanjikan.
Akan terus menyempurnakan tugas kita dengan lebih berkesan
dan unggul, demi mengangkat maruah dan martabat negara agar terjulang gagah,
sebagai 20 negara terbaik lagi terhebat di persada dunia menjelang TN50.
Lantaran itu, saya berikrar dan berjanji,… selaku Ketua
Kerajaan, bersama para pucuk pimpinan bahawa, kita akan membangunkan negara ini
dari Perlis sampai ke Sarawak membawa ke Sabah, agar tidak ada satu pun kawasan
atau rakyat yang akan ketinggalan, atas prinsip NO ONE IS LEFT BEHIND!
Atas segalanya, demi rakyat,… demi Negaraku tercinta,…
marilah kita teruskan perjalanan kejayaan transformasi yang lebih hebat ini
bersama Barisan Nasional.
Hari ini milik kita,… Hari esok dan hari-hari berikutnya,
mudah-mudahan bakal menjanjikan masa depan yang lebih cerah nan indah, bergemerlangan
cahayanya, disinar kejayaan Malaysia di bawah panji Barisan Nasional.
Sehubungan itu, saya dengan penuh kerendahan hati, memohon
untuk diberi mandat baharu kepada Barisan Nasional untuk terus membawa Malaysia
ke mercu kejayaan.
Akhir kalam, sebagai dipesan oleh orang tua-tua,… saya ingin
menanda hari pembubaran yang berkuat kuasa esok, dengan kata-kata kiasan yang
berbunyi:
Negara Malaysia namamu kini megahlah sudah,
Dibina dan dibangun berbekal keringat dan air mata, Kerajaan
Barisan Nasional berusaha sudah, berbakti pun sudah,
Kepada rakyat pilihlah yang berhak dan telah berjasa, lalu
tawakal diserah kepada Allah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Saya berdoa dengan penuh pengharapan, semoga Allah izinkan
segala-galanya dan kita beroleh kemenangan, kepada-Mu Ya Tuhan, kami memohon
pertolongan. Amin Allahumma Amin.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel