Connect with us

Berita Lain

Polis Ambil Keterangan Guan Eng


GEORGETOWN – Polis merakamkan percakapan Ketua Menteri, Lim
Guan Eng berhubung isu nyanyian lagu anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
yang dinyanyikan di hadapan kanak-kanak, 17 Mac lalu.
Dua pegawai polis dari Bahagian Komersial Ibupejabat Polis
Daerah Timur Laut hadir ke Pejabat Ketua Menteri pada jam 2 petang tadi bagi
tujuan tersebut.
Guan Eng sebelum itu, hadir ke pejabatnya kira-kira jam 2.10
petang namun membuat sidang media terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik
mesyuarat di pejabatnya untuk berjumpa dengan dua pegawai polis berkenaan.
Kira-kira jam 2.50 petang, beliau yang ditemani peguamnya,
RSN Rayer mula dirakamkan percakapannya dan berakhir kira-kira 40 minit
kemudiannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Rayer yang ditemui berkata, anak guamnya memberi kerjasama
yang baik ketika proses rakaman keterangan itu dibuat.
Beliau turut mengesahkan keterangan yang dibuat itu
berkaitan lagu anti GST yang dinyanyikan Guan Eng di Jelutong pada dua minggu
lalu.
“Proses keterangan berjalan lancar. Ia berhubung
nyanyian lagu anti GST yang dinyanyikan dalam majlis pelancaran pusat tuisyen
percuma di Jelutong. Setakat ini, polis tidak memaklumkan akan memanggil ketua
menteri untuk kali kedua.
“Namun, jika ada, kita bersedia memberi kerjasama
kepada pihak polis sekiranya perlu,” katanya.
Sementara itu, Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada
polis kerana hadir ke pejabatnya untuk proses rakaman percakapan tersebut.
“Terima kasih kerana polis hanya menjalankan tugas.
Akhirnya keputusan di tangan BN, sekiranya lagu anti GST pun jadi isu, saya
serahkan kepada rakyat.
“Saya hanya menyanyikan lagu GST pun kena, padahal tak
kritik mana-mana parti atau pemimpin pun. Hanya kritik polisi, saya kena
siasat. Itu lah Malaysia ala BN,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum ini, beberapa laporan polis dibuat ke atas Guan Eng
kerana didakwa berpolitik menggunakan kanak-kanak ketika merasmikan sebuah
pusat tuisyen di sini, 17 Mac lalu.
Guan Eng menyanyikan lagu bermelodi ABC yang diubah liriknya
kepada anti GST dan berbaur politik itu ketika melancarkan Pusat Tuisyen Rakyat
di Flat Mutiara Idaman 2, Jelutong.
Perbuatan Guan Eng itu dirakam dan rakaman video berdurasi
32 saat itu menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi yang
kebanyakkannya menyelar tindakan tersebut.
Sehubungan itu, polis telah membuka kertas siasatan ke atas
Guan Eng kerana didakwa cuba mengeksploitasi kanak-kanak demi kepentingan
politik di sebuah pusat tuisyen.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga
boleh didenda selanjutnya RM1,00 bagi setiap hari atau sebahagian daripada
sehari kesalahan diteruskan selepas sabitan.



Sumber: Sinar Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel