Connect with us

Berita Lain

Takkanlah Dr Mahathir Tak Tahu – Abdul Hadi


PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir tindakan
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan keputusan Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membubarkan sementara Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM).
Beliau berkata, Dr Mahathir yang cukup berpengalaman dalam
politik sepatutnya sudah faham dengan keperluan ROS bagi meluluskan parti yang
diketuainya itu.
“Saya pun hairan juga apabila beliau mempersoalkan keputusan
dibuat ROS,sebagai orang lama dan pernah menjadi Perdana Menteri, takkanlah
beliau tidak tahu kaedah untuk daftar. Kita kena ikutlah syarat ditetapkan,
jika tak kena dengan syarat, bagaimana mereka nak luluskan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Benda macam ini sama juga apabila orang nak pergi daftar
lori yang dia guna untuk angkut barang di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),
lori baharu tapi tayar tidak ada bunga, jadi bagaimana nak lulus JPJ,” katanya
ketika berucap pada Majlis Amanat Pilihan Raya: PAS Teraju Pahang di Padang
Awam Cenderawasih, dekat sini, malam tadi.
Kira-kira 2,000 penyokong PAS hadir pada majlis berkenaan.
Turut hadir, Pesuruhjaya PAS negeri, Rosli Abdul Jabar; Naib
Ketua Dewan Muslimat PAS, Salamiah Mohd Nor; dan Ketua Penerangan PAS Pusat,
Nasrudin Hassan Tantawi.
Minggu lalu, Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim
mengeluarkan perintah pembubaran sementara PPBM mengikut Seksyen 14(5) Akta
Pertubuhan 1966, Khamis lalu dan memberikan tempoh 30 hari kepada parti
berkenaan melengkapkan butiran diperlukan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pakatan pembangkang turut memutuskan untuk menggunakan logo
dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU14 kali ini.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai senarai calon PAS
bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, Abdul Hadi berkata,
pengumuman rasmi akan dilakukan pada 19 April ini pada majlis khas di Kompleks
Al-Makmur, Kerdau, Temerloh.



Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel