Connect with us

Berita Lain

Terlalu Murung, Pelajar 10A SPM Terjun Bangunan


SEREMBAN – Ia sesuatu yang amat menyedihkan apabila
seseorang itu memilih untuk membunuh diri sedangkan mempunyai masa depan yang
amat cerah menanti di hadapan mereka.

Baru-baru ini, seorang pelajar wanita maut selepas terjun
dari tingkat 14, pangsapuri Templer, Jalan Tun Dr. Ismail, di sini, dipercayai
kerana mengalami kemurungan yang melampau.
Lapor portal NST, mayat wanita berkenaan yang dikenali
sebagai Lin Jianying, 21 ditemui oleh penduduk 
pangsapuri itu selepas terdengar bunyi dentuman dari tingkat bawah
kira-kira jam 8.50 malam semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Difahamkan, Lin merupakan seorang pelajar cemerlang dan
mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
sebelum ini dia pernah bercita-cita ingin menjadi seorang guru.


Mangsa sebelum itu diterima untuk menyambung pelajaran di
sebuah institusi pengajian tinggi di Kedah namun dikatakan mengalami
kemurungan, membuatkan dia dipindahkan di institusi yang lain di Seremban.
Bimbang dengan keadaan Lin, ibu bapanya telah memasang
aplikasi GPS pada telefon bimbit anak perempuan mereka itu agar kedudukannya
dapat dikesan sepanjang masa.
Namun pada Isnin bersamaan 2 April, ibu bapanya mendapati
Lin berada di pangsapuri berkenaan, lalu menghubungi Lin untuk memeriksa
keadaannya.


Lin menjawab panggilan itu dan berbohong bahawa dia ada
bersama dengan beberapa orang rakannya.
Selepas beberapa ketika, mereka cuba menghubungi Lin, namun
gagal dan mereka mula bimbang dengan keadaan dan keselamatan anak perempuan
mereka itu.
Mayat Lin kemudian ditemui berada di tingkat bawah dan
dipercayai terjun dari tingkat 14 selepas dihubungi oleh ibu bapanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Lin juga meninggalkan nota terakhir yang mengatakan dia
teringin menamatkan kehidupannya, malah juga berkata:
“Jika anda menemui saya dalam keadaan masih hidup, tolong
suruh doktor jangan selamatkan saya.”
Turut ditulis dalam nota itu Lin takut dia mengecewakan ibu
bapanya dan dirinya berada dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat fokus pada
pelajarannya dengan baik.
Lin juga mendoakan ibu bapanya mempunyai kehidupan yang baik
selepas pemergiannya dan berterima kasih kerana membesarkannya serta meminta
abangnya menjaga ibu bapa mereka.
Lin juga mahu organnya didermakan kepada mereka yang
memerlukannya. 

*Video sekadar hiasan…


– MYNEWSHUB.CC

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel