Connect with us

Berita Lain

Tiba Musim Pilihan Raya, Makin Ramai Syaitan Muncul Buat Fitnah – Rizal Mansor


KUALA LUMPUR: Setiap kali tiba musim pilihan raya semakin
ramai syaitan-syaitan yang keluar membuat fitnah, kata penyokong kuat Barisan
Nasional (BN) Datuk Rizal Mansor.
Kenyataan itu dibuat ekoran muncul klip audio yang tersebar
melalui aplikasi WhatsApp yang mempunyai maklumat apa yang didakwa pembaziran
melibatkan sepinggan kek hari jadi Datin Seri Rosmah Mansor berharga RM75,000
dan dua buah CCTV di bilik Rosmah di Putrajaya memakan belanja RM7 juta.
“Kek hari jadi apa yang berharga RM75,000? Kalau ada
boleh tunjuk dekat saya, di mana ia dibeli?” Soal Rizal.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Rizal turut menyanggah dakwaan bahawa Rosmah sebagai isteri
perdana menteri pertama yang memiliki pejabat di Putrajaya.
“Datin Seri Rosmah bukan isteri perdana menteri pertama
yang ada pejabat di Putrajaya.
“Tetapi dia adalah isteri perdana menteri pertama yang
tidak mempunyai pejabat di Putrajaya,” kata Rizal.
Selain dari itu, Rizal turut menafikan dakwaan dalam klip
audio itu mengenai CCTV di bilik Rosmah itu.
“Dua buah CCTV berharga RM7 juta?
“Seperti yang saya nyatakan, DS Rosmah tidak ada
pejabat di MOF ataupun PMO, jadi CCTV yang dia sebut ni pasang di pejabat
mana?” Jelas Rizal.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Rizal yang berkata pihaknya akan membuat laporan pada SKMM
mengenai perkara itu dan mencabar pemilik suara tersebut untuk tampil membuat
tuduhan secara terbuka.
“Saya mencabar tuan empunya suara dalam klip audio itu
agar dapat tampil ke depan dan buat tuduhan secara terbuka.
“Jangan jadi bacul dan penakut untuk buat fitnah
menggunakan Whatsapp,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel