Connect with us

Berita Lain

Tun M Pertahan Pesawat Disabotaj


LANGKAWI – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir
Mohamad mempertahankan dakwaannya bahawa pesawat sewa khasnya menuju Langkawi
disabotaj dengan niat menghalang beliau daripada hadir ke pusat penamaan calon.
Dr Mahathir berkata,susulan insiden tayar depan pesawat
dinaikinya tidak dapat bergerak lurus telah di ambil perhatian serius oleh
Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Semalam saya maklumkan kepada media tentang kejadian itu,
hari ini CAAM anggap tuduhan saya sebagai serius.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tak tuduh CAAM, sebaliknya saya ingin menyatakan apa
yang berlaku dan ia diakui oleh CAAM sendiri, mereka tahu pesawat itu tidak
dapat terbang, adakah ia berpunca daripada perbuatan sabotaj ataupun tidak,
tidak boleh ditentukan oleh CAAM sebelum siasatan,” katanya ketika majlis
bertemu pengundi Langkawi yang dihadiri kira-kira 500 orang di Dewan Ho Peng,
di Kuah, malam tadi.
Bagaimanapun, Dr Mahathir menganggap insiden itu sengaja
dilakukan kerana niat untuk menghalangnya daripada menjadi calon Parlimen
Langkawi.
“Apabila saya tak dapat terbang dengan pesawat rosak, jadi
saya ada tiga orang kawan yang mempunyai pesawat persendirian, saya hubungi
mereka untuk minta pinjam. Tetapi salah seorang daripada mereka maklumkan dapat
amaran oleh pihak tertentu agar tidak bagi saya pinjam pesawat mereka kepada
saya.
“Nampaknya seolah-olah ada pihak yang tahu kerosakan pada
pesawat yang saya nak naik tu dan cuba memastikan tidak ada pesawat lain yang
boleh saya pinjam, supaya saya tidak dapat terbang ke Langkawi,” kata Mahathir.
Beliau memaklumkan, roda depan pesawat terbabit tidak dapat
bergerak lurus dan melencong  apabila
dipandu.
Hal demikian, bekas perdana menteri itu  berkata, kerosakan pesawat kelmarin satu
perkara yang serius baginya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ada orang mungkin sengaja tak nak saya datang ke Langkawi
untuk penamaan calon, tapi nasib baik ada kawan yang nak terbang dari Kuala
Lumpur ke Singapura sanggup bertukar arah penerbangannya untuk saya datang ke
Langkawi.
“Kalau CAAM kata saya buat tuduhan serius, ya memang serius.
Jika saya tak dapat daftar diri sebagai calon maka, saya tak dapat bertanding
PRU14 ini, jadi ia laluan mudah kepada BN,” jelasnya.
Terdahulu, CAAM dalam satu kenyataan memaklumkan hasil
siasatan mendapati pesawat  itu mengalami
masalah kebocoran udara dari roda hidung sebelah kiri pesawat, Bombardier
Challenger CL60 yang berdaftar di bawah Malta 9H-VFD dikendalikan Vista Jet
Limited.
Dalam perkembangan lain, berhubung lima wakil calon Harapan
yang dibatalkan pencalonnya dalam proses penamaan calon semalam, Dr Mahathir
pihaknya akan membawa perkara itu ke mahkamah.
“Tak tentu sebab ada calon Harapan yang dihalang daripada
mendaftar sebagai calon Harapan. Kita dapati sebab tak berasas dan kita akan
tentukan untuk bawa kes ini ke mahkamah,” katanya.
Lima calon Harapan itu ialah Tian Chua (PKR, Parlimen Batu),
Piji Jihat (Bersatu, Dun Penaga), Mohd Azihan Che Seman (PKR, Dun Tawang) dan
Mohd Hafidz Amran (PKR, Dun Kuala Balah).



Sinar Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel