Connect with us

Berita Lain

Tun M Terima Balasan


MACHANG – Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh
Hamzah menyifatkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima hukum
karma apabila perkara buruk yang dilakukan ketika pemerintahannya dahulu
kembali kepada dirinya sendiri.
Menurutnya, ketika Tun Mahathir berusaha mengharamkan dan
membuat andaian BN akan hancur pada PRU14, parti yang didukungnya, Bersatu
dibubarkan pada Khamis lalu.
“Inilah hukum karma buatnya, benda yang dia buat dahulu kini
menimpa dirinya sendiri. Dia berusaha haramkan Umno, kini parti dia sendiri
haram.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dulu dia buang Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tetapi hari
ini, dia terima Anwar sebagai bos dan sedia berada di bawah simbol parti PKR,”
katanya dalam sidang media selepas Program Amanat Tengku Razaleigh di Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa
Mohamed dan timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Sementara itu, Tengku Razaleigh dalam ucapannya menekankan
semangat perpaduan, kesetiaan dan menjaga nama baik parti serta diri sendiri
dalam kalangan jentera dan calon BN.
Katanya, beliau yakin BN mampu mencapai kejayaan yang lebih
besar pada PRU14 ini dengan gelombang yang ditunjukkan rakyat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Gelombang telah kuat, kita kena pastikan parti kekal
bersatu sehingga saat akhir dan selepas mengundi. Saya percaya lebih banyak
kejayaan dapat diperoleh pada masa akan datang,” katanya.



Sinar Online

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel