Connect with us

Berita Lain

Wanita Dituduh Bunuh Suami Bersama Teman Lelaki


GERIK: Seorang wanita dan teman lelakinya dihadapkan di
Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki tiga
minggu lalu.
Tertuduh, Nurul Haslina Abu Hassan, 38, yang merupakan
isteri mangsa dan teman lelakinya, Zulasri Shaarani, 42, mengangguk tanda faham
selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Raja Shahril
Anuar Raja Baniamin.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua
tertuduh.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa dengan niat
bersama membunuh Kamarulzaman Safri, 38, di kawasan ladang Sungai Rui, Bagan
Pasir, Lebuhraya Gerik-Kupang di sini antara pukul 2 hingga 3 petang 7 April
lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang
boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad
Azfar Mahmod manakala peguam bela Datuk Naran Singh mewakili Nurul Haslina.
Zulasri pula tidak diwakili peguam bela.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mahkamah menetapkan 24 Mei depan sebagai tarikh sebutan
semula sementara menunggu laporan asid deoksiribonukleik (DNA), kimia dan
balistik.
Mayat Kamarulzaman ditemukan dengan tiga kesan tembakan di
Ladang Sungai Rui dekat sini tiga minggu lalu.
– Utusan Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel