Connect with us

Berita Lain

Ahli PBT lantikan BN ditamat kuasa



Ipoh: Semua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dilantik kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) ditamatkan berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ia membabitkan 15 PBT yang terdapat di Perak iaitu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), empat majlis perbandaran dan 10 majlis daerah.


Pada masa sama, Ahmad Faizal berkata, semua ketua kampung yang dilantik kerajaan BN boleh terus menyandang jawatan sehingga 30 Jun ini sebelum pelantikan baru dibuat.


“Semua kemudahan awam pula seperti dewan orang ramai yang sebelum ini dikawal selia Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kini diambil alih sepenuhnya pejabat daerah atau pejabat penghulu di setiap mukim.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Ini adalah beberapa keputusan segera yang sudah diambil dan perlu dibuat pengumuman serta-merta,” katanya.


Beliau bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri yang pertama di bawah kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) di pejabatnya di sini, semalam.


Ahmad Faizal berkata, semua ahli Exco juga bersetuju bahawa fokus utama ialah menjadikan manifesto atau tawaran PH Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai agenda utama pentadbiran kerajaan negeri.


Mengenai pelantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang kosong selepas persaraan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan kira-kira sebulan lalu, Ahmad Faizal berkata, ia mungkin ditangguhkan sehingga Oktober ini bagi memberi tumpuan kepada penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) yang bakal diadakan di Perak pada September ini.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel