Connect with us

Berita Lain

Beri Jaminan Tangani Masalah Ekonomi


KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin
yang juga antara lima pakar Majlis Penasihat Kerajaan di bawah kerajaan Pakatan
Harapan, memberi jaminan kepada para pelabur dan pengurus dana bahawa pihaknya
akan menangani semua masalah yang menjejaskan ekonomi selain tidak berhasrat
menambah hutang negara.
“Tiada sebab lagi untuk meletakkan ekonomi dalam keadaan
yang lebih buruk,” katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat
bersama barisan pakar lain yang menganggotai Majlis itu di sini, malam tadi.

Daim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
kebimbangan pelabur berhubung  implikasi
terhadap ringgit dan pasaran saham susulan kemenangan mengejut Harapan dalam
PRU14 yang menyaksikan kekalahan kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jelas beliau, antara kebimbangan pelabur adalah cadangan
pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang disifatkan mereka
berkemungkinan besar memberi impak terhadap terhadap hasil kerajaan selain
turut meningkatkan defisit fiskal.
“Kita tidak akan menambah hutang lagi. Kita bukannya bodoh.
Ini lebih menjurus kepada spekulasi dan hanya mencetuskan kebimbangan yang
tidak wajar sedangkan (apa yang berlaku) merupakan reaksi biasa apabila
kerajaan baharu mengambil alih tampuk pemerintahan,” katanya.
Daim turut memberi jaminan bahawa Majlis itu mempunyai
sekumpulan pakar yang mampu menangani isu terbabit.
“Selama 57 tahun GST ini tidak wujud pun dan tidak ada
masalah yang timbul,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Malah, tegas beliau, apa yang lebih penting adalah untuk
menghapuskan amalan rasuah.
Sementara itu, anggota lain Majlis yang turut hadir hadir
pada mesyuarat itu adalah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz;
bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan
Merican dan ahli ekonomi terkemuka, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.
Ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Robert Kuok bagaimanapun,
tidak hadir kerana berada di luar negara.
Penubuhan Majlis itu diumumkan oleh Perdana Menteri baharu,
Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang antara lainnya berperanan membantu
kerajaan mencapai janji 100 hari PH kepada rakyat seperti dinyatakan dalam
manifesto pakatan itu. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel