Connect with us

Berita Lain

Daim Ramal Harapan Akan Tawan Putrajaya



LANGKAWI – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin
meramalkan Pakatan Harapan (Harapan) akan menawan Putrajaya pada PRU14.

Menurut  beliau,
jangkaan itu bersandarkan kepada ‘mood’ rakyat yang rata-ratanya menginginkan
perubahan kerajaan.
“Ke mana  saja saya
pergi, orang akan bertanya saya apa kamu jangka keputusan PRU14… saya kata
Pakatan Harapan akan menang. Insya-ALLAH.
“Mood nak perubahan, 
rakyat nak tukar, nak ubah. Tapi perlu hati-hati kerajaan akan buat apa
saja untuk menang,”katanya ketika sidang media, di sini, petang tadi, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Daim berkata, sebelum berjuang bersama Harapan beliau pernah
menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai cara urus
tadbir negara.
“Saya dengan Najib kawan baik, kawan lama, jadi ada cara
untuk nasihat takkan saya nak bagitau semua.
“Sebab bila saya kempen untuk Pakatan Harapan beliau (Najib)
tak cakap seperti Tan Sri Shahrizat Jalil, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk
Seri  Hishamuddin Tun Hussein sebaliknya
Najib cuma kata saya veteran dan pencen.. betul lah tu, yang lain tu tak
faham,” ujarnya.
Bekas veteran Umno itu menegaskan bahawa, pemimpin-pemimpin
baharu tidak layak mencabar beliau.
“Bila saya kata apa-apa tak payah cabar saya, ada banyak
fakta,ada angka, saya lebih pengalaman,” ujar Daim.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau menjelaskan, kemunculan semula dalam arena politik
tanpa kepentingan kerana matlamat utamanya ialah membela nasib rakyat.
“Orang macam kami dah tak penting, kami berjuang untuk orang
muda.Kenapa Dr mahathir kembali? Umur 93, tua pun dia marah dia kata kuda tua,
yang muda dia kata kucing… apa punya ni?
“Bila minta berdebat tak berani debat.Lebih baik ada kuda
tua ada otak, daripada kuda muda tak ada otak, buat apa? Soalnya.
Daim menyatakan beliau tidak perlu sertai Bersatu, sebaliknya
tujuan utamanya membuat ‘come back’ ialah 
untuk berjuang demi rakyat, keadilan, memastikan tiada rasuah dan tiada
pembaziran.
“Jika lepas ni kalau Harapan 
bentuk kerajaan tiada keadilan, tak bela rakyat, saya akan melawan
bersama rakyat.
“Saya dah tua pun, apa yang penting ialah rakyat, integriti
dan undang-undang,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel