Connect with us

Berita Lain

Dari Mana PM Dapat Angka Hutang RM1 Trilion?


Senator Khairul Azwan Harun mempersoalkan bagaimana Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kesimpulan bahawa hutang negara kini
telah mencapai angka RM1 trilion.
Mengulas laporan Bank Negara pada Disember tahun lalu,
Khairul menegaskan hutang negara hanya berjumlah RM686.8 bilion.
“Di mana perdana menteri dapat angka RM1 trilion?
Adakah penasihat barunya gagal membekalkan maklumat yang betul kepadanya?
“Atau ini hanya satu taktik politik untuk menyalahkan
bagi menjadikan rakyat fikir hutang negara yang ditanggung kerajaan Pakatan Harapan
adalah kesalahan pentadbiran terdahulu?” soal Khairul Azwan dalam satu
kenyataan hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Khairul Azwan, yang juga Timbalan Ketua Pemuda Umno,
menegaskan laporan Bank Negara pada Mac tahun ini menunjukkan ekonomi domestik
berada dalam keadaan baik, lapor Malaysiakini.
“Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar yang
kukuh antara 5.5 peratus dan 6 peratus pada 2018,” katanya.
Dalam perhimpunan bulanan pertama Jabatan Perdana Menteri
hari ini Mahathir berkata hutang negara telah melepasi paras RM1 trilion
berbanding RM300 bilion sebelumnya.
“Kita dapati kewangan negara umpamanya telah dicabul dengan
begitu besar sehingga sekarang ini kini menghadapi masalah penyelesaian hutang
yang meningkat kepada trilion ringgit,” katanya.
Angka hutang negara yang disediakan Mahathir hari ini jauh
lebih tinggi daripada angka rasmi yang diberikan oleh pentadbiran sebelumnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kementerian Kewangan sebelum ini berkata kerajaan
mencatatkan hutang sebanyak RM687.43 bilion pada September 2017.
Awal bulan ini, The Edge Financial Daily melaporkan hutang
kerajaan berkembang pada kadar purata 10 peratus setahun daripada RM266.72
bilion pada tahun 2007 kepada RM687.43 bilion pada September 2017 ekoran
perbelanjaan yang berlebihan.
Akhbar kewangan itu memberi amaran bahawa hutang negara
boleh melebihi RM1 trilion pada tahun 2021 jika ia terus berkembang pada kadar
purata yang sama sebanyak 10 peratus seperti pada dekad yang lalu.
Tidak lama selepas memegang jawatan sebagai perdana menteri
ketujuh pada 10 Mei lalu, Mahathir berjanji mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel