Connect with us

Berita Lain

Debat Syed Saddiq, Razali Esok

Foto: FMT

MUAR – Debat antara dua calon Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman dan penyandangnya, Datuk Seri Razali Ibrahim dijadualkan berlangsung esok.

Perkara itu disahkan calon PKR, Syed Saddiq ketika ditemui pemberita selepas sesi Dialog Tun Daim Bersama Pengundi Muar di Kampung Parit Yusof, di sini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Syed Saddiq berkata, hasil perbincangan wakilnya dengan wakil calon BN, majlis debat itu akan diadakan Ahad (esok) di Hotel Traders Muar jam 8 malam.

“Kami (wakil) telah hantar surat dua hari lalu mencadangkan masa dan tempat, dan memberitahu kepada wakil Datuk Seri (Razali) jika mahu berbincang mengenai selaraskan semula masa dan tempat.

“Nampaknya setelah perbincangan diadakan, kita buat di tempat yang dinyatakan,” katanya.

Isnin lalu, Syed Saddiq mempelawa Razali dan seorang lagi calon yang bertanding PRU di Parlimen itu, Abdul Aziz Talib dari Pas untuk berdebat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Bagaimanapun katanya, tiada maklum balas diterima daripada wakil Pas meskipun wakilnya telah cuba menghantar kad undangan berdebat.

Sementara itu, debat berkenaan akan membincangkan topik yang dipilih ialah siapa pilihan pengundi untuk membentuk kerajaan di Putrajaya.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel