Connect with us

Berita Lain

Dzulkifli Kembali Ke Pejabat Peguam Negara

Foto: The Star Online



Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad hari ini melapor diri untuk kembali
bertugas di Pejabat Peguam Negara di sini.

Beliau yang bersut hitam dan bertali leher memasuki Bangunan
Jabatan Peguam Negara di Presint 4 di Putrajaya kira-kira 8.15 pagi.
Ketika keluar dari kenderaan beliau jenis Proton Perdana, beliau
tersenyum dan melambaikan tangan apabila ditegur pengamal media yang menunggu
di kawasan lobi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semalam, Dzulkifli menyerahkan surat penamatan kontrak
sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali
Hamsa.
Dzulkifli, 50, pegawai undang-undang Jabatan Peguam Negara,
dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Ogos 2016 hingga 31 Julai 2021
secara pertukaran sementara.
Sebelum ini, Dzulkifli, yang merupakan Pengarah Pasukan
Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara, menggantikan Tan
Sri Dr Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti,
Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Jawatan disandang Dzulkifli di Jabatan Peguam Negara
sekarang masih tidak diketahui.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
-Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel