Connect with us

Berita Lain

Editor Sarawak Report Puji Rakyat Malaysia Berani


PETALING JAYA – Editor laman web berita, Sarawak Report,
Clare Rewcastle-Brown memuji keberanian ramai pihak mempertaruhkan keselamatan
mereka demi mendedahkan isu rasuah di Malaysia.
Dia berkata demikian kepada The Star dalam wawancara
eksklusif sejurus selepas tiba di Malaysia, susulan waran tangkap terhadapnya
dan laman web penyiasatannya Sarawak Report, masing-masing ditarik balik.

Mengakui peranan dimainkan oleh orang-orang seperti dirinya
dalam mendedahkan cerita bahawa media arus perdana tidak dapat meneruskannya,
Rewcastle Brown berkata, dia merasakan terdorong untuk mengikuti sebahagian
cerita dan berita kerana integriti mereka yang terlibat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Terdapat banyak kecurigaan berbangkit mengenai dana
1MDB oleh parti pembangkang, untuk permulaan,” katanya
“Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tony Pua merupakan yang
paling menekakan mengenai bagaimana dana itu diuruskan.
“Saya kemudian memahami apa yang jelas hubungan antara
1MDB dan keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak apabila saya sedar bahawa ahli
perniagaan Jho Low mengiringi Riza Aziz di Hollywood dan Riza melancarkan
sebuah filem yang mahal, Wolf of Wall Street,” katanya.
Wolf Of Wall Street merupakan filem drama komedi dibintangi
Leonardo Di Caprio, yang memenangi anugerah Oscar pada 2013.
“Saya mula mengajukan soalan namun tidak mendapat
jawapan memuaskan dan apa yang saya dapat adalah surat guaman . Saya mengambil
masa lebih setahun sebelum mendapat peluang besar mengupas isu pertama mengenai
1MDB iaitu perjanjian PetroSaudi,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pegawai dari PetroSaudi International telah disiasat, yang
merupakan sebagai sebahagian daripada siasatan yang lebih meluas ke atas
kecurian aset disyaki dari dana negara 1MDB Malaysia.
Salah seorang pegawai tersebut adalah Xavier Justo.
Rewcastle Brown menemuramah isterinya, Laura pada Julai 2016.
“Suaminya menghabiskan masa 18 bulan di penjara dan
tidak lama selepas suaminya ditangkap, dia menghubungi saya. Saya berjumpa dia
dan dia seorang wanita muda berdepan dengan kesulitan.
“Saya fikir adalah penting mengeluarkan bantahan
mengenai beberapa perkara buruk yang ditulis tentang Xavier selepas
dipenjarakan.
“Saya boleh rasakan apa yang berlaku adalah mereka
mengancam pasangan ini,” katanya.
Rewcastle Brown juga merujuk teman-temannya di Sarawak
Report dan Radio Free Sarawak.
“Saya bekerja dengan ramai orang yang berani, mereka
yang bekerja di radio tersebut adalah hero. DJ Peter John Jaban saya telah
pulang dan dia sangat gembira dengan apa yang betul dan yang berani.
“Apabila anda melihat orang seperti Bill Kayong
(aktivis PKR dibunuh) dan paderi (Raymond Koh) yang diculik, ia adalah kes
mengejutkan Ia serta-merta membangkitkan ketakutan semua pihak,” ujarnya.
– mStar

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel