Connect with us

Berita Lain

Gambar Saya Pun Dia Takut, Dia Koyak Gambar Saya


HULU KELANG – Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan himpunan rakyat pada program ceramah Grand Finale Malam Semarak Tsunami Rakyat mencatatkan kehadiran cukup luar biasa.

Menurutnya, walaupun terpaksa berdiri dalam hujan, tidak sedikit pun menjadi kekangan untuk rakyat menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat yang diterajui Harapan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Saya tak pernah melihat begitu ramai orang keluar, berdiri dalam hujan, bukan untuk mendengar syarahan tetapi untuk menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat yang diusahakan Harapan.

“Dulu kita lihat peluang pembangkang menewaskan kerajaan tipis, kerana BN terlalu kuat dan tidak banyak boleh dilakukan pembangkang.

“Tapi kali ini, kita mempunyai harapan menumbangkan kerajaan kerana pembangkang bersatu padu menggemblengkan tenaga dan kali ini kemungkinan menjatuhkan Datuk Seri Najib (Razak) boleh dipercayai,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Beberapa pimpinan tertinggi komponen Harapan turut hadir termasuk Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hadir sama, dua bekas veteran Umno iaitu Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz.

Menurutnya, kehadiran rakyat pada program itu jelas menunjukkan rakyat mahu perubahan kerajaan buat pertama kali yang akan diterjemahkan pada 9 Mei ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat jika bersendirian tidak mampu menjatuhkan kerajaan, begitu juga parti, namun jika kedua-duanya bersatu perkara itu boleh dilaksanakan.

Selain itu, Tun Mahathir turut mengkritik kepimpinan Najib dengan mengibaratkan kerajaan BN sebagai kerajaan penyamun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Dia (Najib) kata dia pahlawan Bugis, dia pendekar Bugis, tapi tuan puan dia bukan pahlawan juga bukan pendekar kerana dia hidup dalam ketakutan.

“Gambar saya pun dia takut, dia koyak gambar saya dia ingat boleh menang. Dia boleh koyak satu juta gambar saya tapi dia tak boleh menang kerana rakyat tidak mahu seorang penyangak menjadi perdana menteri.

“Semangat rakyat kali ini luar biasa, mereka sanggup dengan beraninya menunjukkan hasrat mereka menjatuhkan kerajaan dengan berani biarpun Najib mengenakan ugutan,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel