Connect with us

Berita Lain

Ikhlas Siasat 1MDB Atau…? – Seng Giaw


KERAJAAN diminta berhenti mempolitikkan siasatan kes
1Malaysia Development Berhad (1MDB) jika benar-benar ikhlas mahu menyelesaikannya.
Veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, jika hendak menentu
siapa yang salah atau siapa yang betul, maka lakukanlah siasatan dengan telus
mengikut lunas undang-undang.
“Kalau hendak menyiasat, siasatlah senyap- senyap dan fokus.
Semasa dalam siasatan tidak boleh buat kenyataan, panggil sidang media dan
kemudian membuat tuduhan kepada pihak-pihak tertentu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dalam siasatan ada prosedur. Seandainya ada pihak yang
didapati bersalah semasa siasatan, dakwa atau lakukanlah pertuduhan kepadanya
supaya yang dituduh dapat diadili di mahkamah.
“Bukannya setiap hari panggil sidang media dan dedahkan apa
yang kononnya disiasat. Itu bukan siasatan tetapi hendak berpolitik, ada agenda
lain. Siasatan dan sidang media adalah berbeza,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Tegas Seng Giaw, kempen untuk pilihan raya sudah selesai
lebih dua minggu berlalu, lantaran itu, mana-mana pemimpin yang dipilih tidak
perlu terlalu terbawa-bawa budaya berpolitik kerana sudah menjadi pemerintah.
“Pilihan raya sudah berakhir, sudah dipilih jadi tadbirkan
negara ini dengan cekap berdasarkan kedaulatan undang-undang,” tambahnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurutnya, berpolitik sepanjang masa dan mempolitikkan
semua isu tidak mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang unggul seperti
yang uar-uarkan.
Ini terbukti apabila pasaran saham negara jatuh semalam dan
hari ini berikutan kebimbangan yang dicetuskan oleh situasi politik di negara
ini.
“Kalau banyak cakap, asyik hendak buat siaran berita seperti
sekarang hingga menjejaskan nama dan reputasi negara, maknanya tidak sayang
kepada Malaysia. Mereka ini hanya sayang pada diri sendiri sahaja,” ujarnya.

– Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel