Connect with us

Berita Lain

Ismail Dakwa Kelemahan Zahid, Hisham Punca Krisis MB Perlis


Dalam perkembangan terbaru, Datuk Ismail Kassim mendakwa
krisis menteri besar Perlis berpunca daripada kelemahan Pemangku Presiden Umno
Datuk Seri Zahid Hamidi dan Naib presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan
presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambung Tulang itu
mendakwa kedua-dua mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik meskipun BN
hanya memenangi dua negeri sahaja pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Kelemahan ini berpunca pucuk pimpinan parti yang lemah
selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak letak jawatan. Hishammuddin dan
Zahid tak menepati kriteria memimpin parti setakat ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dan setakat ini, mereka buat keputusan ini, negeri yang
sekecil ini… tak dapat diselesaikan dengan bijaksana,” katanya kepada
Malaysiakini di luar Balai Polis Jalan Eusoff, semalam.
Malah Ismail turut melahirkan hilang keyakinan terhadap
Zahid dan Hishammuddin.
“… mungkin dalam pemilihan agung Umno nanti saya dan
rakan-rakan perwakilan akan memikirkan orang baru, yang ada nafas baru untuk
memimpin Umno,” katanya.
Ismail turut memberi saranan kepada Zahid untuk mencari
orang kanan di kalangan mereka yang menang dalam PRU14 supaya tidak mengulangi
kesilapan Najib.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Datuk Seri Zahid kalau ingin berkuasa, (jadi) pemimpin yang
dihormati, pakailah orang di kiri kanan yang menang dalam PRU, jangan pakai
orang kalah PRU,” katanya.

Khamis lalu kesemua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Perlis memulaukan istiadat angkat sumpah Menteri Besar Azlan Man kerana mahukan
Ismail, adik pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan dilantik ke jawatan itu.
Menyifatkan Azlan tidak mempunyai sokongan majoriti ADUN dan
tidak patuh pada keputusan BN negeri, Shahidan ‘memecat’ menteri besar dan
mengisytiharkannya wakil bebas.
Pemulauan majlis itu juga menyebabkan Raja Perlis Tuanku
Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka dan menegaskan tidak mahu seorang
menteri besar boneka.
Ismail menafikan menjadi boneka sesiapa dan mencadangkan
pihak lain dilantik selain beliau dan Azlan.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel