Connect with us

Berita Lain

Jadual Penerbangan Najib, Rosmah Tular


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan berlepas
ke Jakarta untuk bercuti selama dua hari mulai esok, kata sumber yang dekat
dengan beliau malam ini.
Menurut sumber itu Najib serta isterinya Rosmah Mansor mahu
berehat seketika di Indonesia.
“Beliau akan pulang (selepas tamat percutian
itu),” katanya kepada Malaysiakini.
Ditanya mengenai spekulasi yang mendakwa pasangan terbabit
sebenarnya bercadang melarikan diri dari negara ini, sumber itu menafikanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Semua orang (yang ingin menaiki kapal terbang) ada
jadual penerbangan… Jadi mereka (yang membuat spekulasi) boleh pergi (ke
lapangan terbang) untuk melihat sama ada beliau melarikan diri bersama beg-beg
berisi wang dan lain-lain.
“Isu (lari dari Malaysia) tak berbangkit,”
katanya.
Sebelum ini orang ramai tertanya-tanya mengenai kemungkinan
Najib dan Rosmah mahu meninggalkan Malaysia selepas BN gagal mendapat mandat
untuk menjadi kerajaan.
Ia adalah kehilangan kuasa pertama kali dialami BN.
Khabar angin mengenai Najib dan Rosmah tersebar selepas satu
imej tangkap layar menjadi tular di media sosial.
Berdasarkan imej berkenaan terpapar nama Mr Najib Razak dan
Mrs Rosmah Mansor.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Berdasarkan gambar itu juga sebuah pesawat dengan nombor
pendaftaran PK-RJX akan berlepas dari Lapangan Terbang Subang pada jam 10 pagi
esok.
Destinasi pesawat udara itu ialah Lapangan Terbang
Antarabangsa Halim Perdanakusuma di Jakarta, Indonesia.
Selain gagal mempertahankan Putrajaya beberapa negeri juga
jatuh kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir adalah salah seorang pengkritik Najib paling
tegar dan beberapa kali menyatakan rancangannya untuk menyiasat presiden Umno
berkenaan terutama dalam isu 1MDB.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel