Connect with us

Berita Lain

Jamal Kena Dakwa Di Wad Hospital


KUALA LUMPUR – Kes Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk
Seri Jamal Yunos, yang memecahkan botol arak dalam satu protes yang pernah
dilaporkan sebelum ini akhirnya dibawa ke mahkamah.
Namun prosiding pendakwaan terhadap Jamal berlangsung di Wad
Premier Hospital Ampang Puteri, susulan Jamal sedang menjalani rawatan kerana
masalah sakit belakang.

Jamal bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan
Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mengikut pertuduhan, Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia itu
didakwa memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi sehingga
sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.
Jamal, 48, didakwa melakukan kesalahan itu di  hadapan pintu pagar keluar Pos (1) Bangunan
SUK Darul Ehsan jam 10.15 pagi 5 Oktober 2017.
Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan
yang membawa hukuman denda RM400 jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Jamal diikat jamin RM3,000 dengan
seorang penjamin dan menetapkan 8 Jun depan sebagai sebutan kes di Mahkamah
Majistret Shah Alam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat
Mahathir Megat Tharif Afendi manakala Jamal diwakili peguam Mohd Nasir Yusof.
Pihak media bagaimana tidak dibenarkan memasuki wad
berkenaan bagi mengikuti prosiding itu.
Dalam kejadian itu Jamal mengetuai bantahan penganjuran
‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17), mengadakan protes di  pagar pejabat pentadbiran kerajaan negeri
Selangor itu.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel