Connect with us

Berita Lain

Khazanah, BNM Bantu Langsai Hutang 1MDB


KEMENTERIAN Kewangan (MOF) mengesahkan laporan disiarkan The
Wall Street Journal dan Reuters mengenai pembayaran dibuat oleh Bank Negara
Malaysia (BNM) dan Khazanah Nasional Bhd kepada kementerian berkenaan, yang
kemudiannya diguna untuk pembayaran hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Selasa lalu, MOF melalui satu kenyataan, mendedahkan
kementerian berkenaan telah membuat bayaran bagi pihak 1MDB berjumlah RM6.97
bilion disebabkan ketidakmampuan 1MDB untuk membayar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Jumlah itu termasuk pembayaran yang dibuat kepada
International Petroleum Investment Co (IPIC) Abu Dhabi sebagai sebahagian
daripada perjanjian penyelesaian RM5.05 bilion, kata Menteri Kewangan, Lim Guan
Eng dalam kenyataan itu.
Sumber untuk pembayaran dibuat kepada IPIC/Aabar dan bagi
pihak 1MDB termasuk, penebusan Saham Keutamaan Boleh Tukar Kumulatif Boleh
Tebus Sukuk oleh Khazanah berjumlah RM1.199 bilion dan penjualan Lot 41,
Seksyen 51, Bandaraya Kuala Lumpur kepada Bank Negara Malaysia berjumlah
RM2.066 bilion.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 14 Disember 2017, MOF menerusi syarikat milik penuh
tidak langsung, Properties Mampan Sdn Bhd, menandatangani perjanjian jual beli
dengan BNM untuk menjual sebidang tanah yang terletak bersebelahan Sasana
Kijang. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel