Connect with us

Berita Lain

Lebih 100 Ahli AMK Pulau Pinang Keluar PKR


BUTTERWORTH: Lebih 100 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK)
Pulau Pinang mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini
selepas kecewa dengan kepimpinan negeri dan pusat yang didakwa lemah serta
gagal membawa suara akar umbi.
Ketua AMK negeri, Asrol Sani Abd Razak berkata kesemua
mereka adalah ahli dan penyokong dari lima cabang negeri iaitu Kepala Batas,
Tasek Gelugor, Bagan, Permatang Pauh dan Bukit Mertajam.
Menurut Asrol Sani, dia amat kecewa dengan kepimpinan parti
di negeri itu khususnya Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman yang didakwa
gagal menjaga anggota akar umbi terutama golongan muda.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pergaduhan di peringkat atasan tetapi peringkat bawah
dikorbankan, tak peduli apa rakyat rasa terus dikorbankan. Itu yang kita nak
luahkan rasa tidak puas hati hari ini.
“Politik macam ini adalah bukan politik yang digemari
oleh anak muda, anak muda kalau kita tidak suka kita kata tidak suka, kalau
suka kita kata suka, awak betul kita kata betul, awak tidak betul kita kata
tidak betul,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengumumkan keluar parti di
Telok Ayer Tawar, Buttterworth pada Selasa.
Asrol Sani berkata tindakan keluar parti itu bagi memberi
kesedaran kepada kepimpinan sama ada di peringkat negeri dan pusat bahawa parti
yang kononnya menegakkan keadilan untuk rakyat kini seolah-olah sudah tersasar
daripada matlmat asal penubuhannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kata beliau, keputusan meninggalkan parti itu bukan
dipengaruhi mana- mana pihak sebaliknya disebabkan kerelaan sendiri selain
sudah tidak percaya dengan pimpinan parti yang gagal menjalankan tanggungjawab
selain mementingkn diri sendiri.
Ditanya sama ada ingin menyertai mana-mana parti  lain selepas ini, beliau menjelaskan belum
membuat sebarang keputusan lagi mengenai perkara itu dan bercadang untuk
berehat sementara daripada arena politik.



Astro Awani 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel