Connect with us

Berita Lain

Muhyiddin Jaga Kawasan, Jangan ‘Sibuk’ Buat Tuduhan


BAGAN DATUK – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya hanya beri tumpuan kepada kawasan
ditandinginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan bukannya melemparkan
pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
berkata dakwaan Muhyiddin bahawa BN akan melakukan apa sahaja bagi menghalang
rakyat di negara ini keluar mengundi pada 9 Mei depan merupakan satu tindakan
tidak bertanggungjawab.

“Tidak munasabahlah. Dulu dia (Muhyiddin) pernah berada
dalam kedudukan saya. Janganlah sudah tidak ada dalam kerajaan buat
dakwaan-dakwaan begitu, jagalah pengundi (Parlimen) Pagoh dan (Dewan Undangan
Negeri) Gambir elok-elok,” katanya.
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas Program Jiwa
Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Sungai Sumun dekat Hutan
Melintang di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau mengulas dakwaan Muhyiddin kononnya BN akan melakukan
apa sahaja termasuk kemungkinan menumbangkan pokok di atas jalan selain
menawarkan wang kepada pengundi untuk mengundi parti itu.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri
berkata tindakan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berterusan
melemparkan pelbagai dakwaan konon dirinya sering disabotaj bagi mengagalkan
beliau bertanding pada PRU14, adalah tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata taktik sama pernah digunakan Dr Mahathir
semasa menjadi perdana menteri bagi meraih simpati rakyat pada ketika itu dan
terus menggunakan taktik sama walaupun kini tidak lagi berada dalam pentadbiran
kerajaan.
“Itulah taktik yang digunakan orang itu dan saya pun sudah
tidak mahu gelar apa pun lagi kepada beliau kerana kita pernah tertipu dengan
taktik yang digunakannya semasa menjadi pemimpin dan taktik sama masih
digunakan tapi pendekatan berbeza,” katanya.
Ahmad Zahid mengulas mengenai dakwaan terbaru Dr Mahathir
bahawa beliau disabotaj Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen di
Lapangan Terbang Subang sejurus tiba dari Terengganu, Selasa lalu.
Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa pesawat yang sepatutnya
dinaiki beliau ke Langkawi disabotaj oleh pihak tertentu.
Justeru itu, Ahmad Zahid berharap rakyat di negara ini tidak
tertipu dan perlu menolak taktik Mahathir yang hanya sekadar mahu meraih
simpati.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, dalam 
majlis berasingan, Ahmad Zahid yang akan mempertahankan kerusi Parlimen
Bagan Datuk buat penggal keenam pada PRU14 menyelar tuduhan pembangkang yang
mendakwa pembinaan Kem Angkatan Tentera Darat (ATM) di Hutan Melintang  bertujuan untuk menambah undi.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan pembinaan
kem itu adalah disebabkan ketiadaan kem tentera di kawasan selatan Perak.
“Kita harus tahu bahawa kem tentera yang terdekat adalah di
Sungai Buluh, Selangor manakala Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula adalah
di Lumut sehingga menyebabkan kelopongan di kawasan selatan  Perak,” katanya ketika berucap pada Program
Jiwa Murni ATM di Kampung Sungai Sumun dekat Hutan Melintang di sini.
Beliau berkata pembinaan kem tentera itu bukan sahaja untuk
pertahanan negara, malah dapat memberi peluang kepada anggota tentera
berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat di Hutan Melintang.
Ahmad Zahid turut menyelar dakwaan pembangkang kononnya
anggota tentera di negara ini hanya makan gaji buta kerana dianggap tidak
berjuang di medan perang selain perlu menjalani latihan setiap hari.
“Seharusnya tidak ada perbezaan antara soal pertahanan dan
keselamatan kerana kita sebagai rakyat Malaysia jangan pernah mempertikaikan
soal pertahanan dan keselamatan negara,” katanya.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel