Connect with us

Berita Lain

Mukhriz Angkat Sumpah Jawatan MB Kedah


ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengangkat
sumpah sebagai menteri besar Kedah buat penggal ke-2, selepas beliau dipaksa
berundur daripada jawatan itu 2 tahun lalu.
Beliau mengangkat sumpah di depan Sultan Kedah, Sultan
Sallehuddin Sultan Badlishah dalam upacara di Istana Anak Bukit, hari ini.
Sidang media dijangka diadakan selepas upacara angkat
sumpah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Timbalan presiden PPBM itu mengambil alih jawatan itu
daripada Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengalami kekalahan teruk
dalam pilihan raya umum ke-14, kelmarin.


Jumlah kerusi negeri yang dimenangi Barisan Nasional
berkurangan daripada 20 pada 2013 kepada hanya 3, iaitu Guar Chempedak, Sungai
Tiang dan Bandar Baharu.
PH memenangi 18 kerusi dan PAS (15).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mukhriz menang di kerusi negeri Jitra dan Parlimen Jerlun
yang ditandinginya.
Pada PRU13, Mukhriz memenangi kerusi Ayer Hitam atas tiket
BN dan dilantik sebagai menteri besar.
Bagaimanapun, Januari 2016, kebanyakan ketua bahagian Umno
bersama mengisytiharkan mereka hilang keyakian terhadap kepimpinan Mukhriz yang
seterusnya menyebabkan pentadbiran negeri itu dibelenggu krisis selama 3
minggu.
Krisis itu berakhir apabila Mukhriz mengumumkan peletakan
jawatan sebagai menteri besar dan adun Bakar Bata, Bashah kemudian mengangkat
sumpah sebagai menteri besar.
Mukhriz kemudian menyertai PPBM yang diketuai bapanya, Tun
Dr Mahathir Mohamad.



– FMT

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel