Connect with us

Berita Lain

Peniaga Warung Dihukum Mati 


Foto: Kosmo

KUALA TERENGGANU: “Jangan sesekali kita ambil kuasa
undang-undang, seolah-olah melaksana ‘undang-undang rimba’ hingga meragut nyawa
orang lain meskipun dalam keadaan marah,” kata Hakim Mahkamah Tinggi di
sini, Datuk Zainal Azman Ab Aziz.
Beliau berkata demikian dalam penghakimannya terhadap
seorang peniaga warung Zulkifli Ismail, 52 yang didakwa membunuh Zulkefle
Abdullah, 40, dan mencederakan seorang orang kurang upaya (OKU) Faizul Awang,
33, yang kudung kaki kanan pada 2015.
Hakim Zainal Azman semalam telah menjatuhi hukuman gantung
sampai mati ke atas Zulkifli bagi kesalahan membunuh manakala hukuman penjara
14 tahun dari tarikh tangkap iaitu 7 Disember 2015 bagi ke­salahan menyebabkan
kecederaan setelah pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam penghakiman kes tersebut, Hakim Zainal Azman berkata,
tertuduh tidak sepatutnya mengambil tindakan sendiri sebaliknya perlu
meng­hubungi polis dan kemudiannya mahkamah akan bertanggungjawab menetapkan
sebarang hukuman.
“Banyak berlaku di negara ini (kes sedemikian). Sesiapa
juga jangan ambil alih kuasa polis dan mahkamah. Janganlah bila marah kita
cepat ambil parang. Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang,”
katanya.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di
kawasan rumah tidak bernombor Jalan Kemaman-Dungun, Kampung Labohan Kerteh,
Kemaman, kira-kira 10.30 pagi 7 Disember 2015.
Sebelum menjatuhi hukuman, Hakim Zainal Azman berkata,
berdasarkan keterangan 24 saksi pendakwaan dan tertuduh sendiri yang dipanggil
membela diri serta hujah kedua-dua pihak, beliau mendapati tertuduh bukanlah
mangsa dalam kes tersebut meskipun timbul dakwaan kedua-dua mangsa cuba
merompak.
Katanya, Zulkifli telah menye­rang kedua-dua mangsa yang
sedang mencari besi buruk di kawasan sekitar tempat kejadian dan sekiranya
tertuduh benar-benar terancam, sepatutnya telah bertindak menghubungi polis
kerana mempunyai telefon bimbit ataupun meminta bantuan daripada orang ramai
kerana rumahnya hampir dengan jalan raya.
“Tertuduh yang tiba di tempat kejadian telah datang
dari arah belakang dan menikam dada kanan Faizul dan kemudiannya meluru dan
menikam dada si mati (Zulkefle). Si mati cuba melarikan diri tetapi tertuduh
bukan setakat mengejar mangsa sehingga 70 meter dengan parang tetapi tidak
membenarkan rakannya (Faizul) membantu si mati.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saksi juga menyatakan si mati sempat merayu sambil
mengangkat kedua-dua tangannya supaya tertuduh berhenti mencederakannya tetapi
tidak dihiraukan,” katanya.
Hakim Zainal Azman juga berkata, mahkamah mendapati tikaman
yang dibuat ke atas si mati dan juga mangsa kedua bukanlah sesuatu perbuatan
yang tidak disengajakan ekoran mempertahan diri tetapi sebaliknya kerana tiada
sebarang pergelutan dan provokasi berlaku sebelum tikaman dibuat dan kecederaan
yang dialami juga adalah serius.
Pendakwaan telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad
Fadhli Mahmud dan Syazwani Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam Azizul
Shariman Mat Yusoff dan Ariff Azami Hussein.
Kes pembunuhan ini telah mendapat perhatian ramai sebelum
ini ekoran tular di media sosial yang mendakwa Zulkifli melakukan perbuatan
tersebut kerana mempertahankan diri daripada kedua-dua mangsa terbabit yang
cuba merompak.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel