Connect with us

Berita Lain

Petisyen Mahu Calonkan Tun M Untuk Hadiah Nobel


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad kini menjadi tumpuan
berikutan petisyen dalam talian yang melobi Perdana Menteri itu supaya
dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan tahun ini.
Petisyen Change.org membandingkan Dr Mahathir dengan revolusi
anti-apartheid oleh Nelson Mandela, telah dilancarkan pada Sabtu, dan sejak itu
ia telah menerima lebih 26,300 tandatangan.
Menurut Alexandria Abishegam, petisyen yang ditujukan kepada
Yayasan Nobel, mahu Dr Mahathir dicalonkan bagi Hadiah Nobel Keamanan sebagai
pengiktirafan terhadap keazamannya untuk kembali ke dunia politik pada usia 92
tahun dan mengetepikan prasangka politiknya untuk bekerjasama dengan bekas
pengkritiknya demi menyelamatkan negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hakitkatnya Tun Dr Mahathir juga secara terbuka
mengakui kesilapan beliau dan memohon maaf di atas kesilapan yang lampau
membuatkan beliau seorang yang begitu disegani dan seorang pemimpin yang wajar
dicontohi,” menurut petisyen itu.
Petisyen tersebut turut meraikan pengerusi Pakatan Harapan
itu kerana menerajui peralihan kuasa secara aman dan secara khusus menyatakan
bahawa pentadbiran baharu itu bukan untuk “membalas dendam” terhadap
pentadbiran sebelum ini di bawah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Diperkasakan oleh hak demokratik mereka telah menyaksikan
peralihan kuasa buat pertama kali sejak negara memperoleh kemerdekaan daripada
British pada 1957, rakyat Malaysia menyambut petisyen itu untuk menyuarakan
pendapat mereka mengenai Kerajaan baharu.
Ia merupakan petisyen Change.org keempat yang telah
dilancarkan sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan pada 10 Mei lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Petisyen pertama dilancarkan pada 19 Mei sebagai tindak
balas kepada bantahan terhadap pelantikan Menteri Pendidikan baharu.
Satu petisyen menggesa Dr Mahathir supaya mengekalkan
keputusannya untuk menerajui portfolio Kementerian Pendidikan meskipun terdapat
kritikan terhadap beliau berhubung pelanggaran klausa dalam manifesto Pakatan
Harapan yang menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri.
Pada masa sama, petisyen kedua dilancarkan sebagai sokongan
kepada Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.
Pada Isnin lalu, petisyen ketiga pula dilancarkan yang
mempersoalkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sekatan
ke atas pendakwah kontroversi, Zakir Naik ke Malaysia.

– mStar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel