Connect with us

Berita Lain

PH Tidak Tutup Pintu Kepada Pembelot, Tetapi Ada Syarat – Tun M


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan
Harapan (PH) hanya akan menerima pembelot daripada Barisan Nasional (BN)
sekiranya mereka bebas daripada sebarang pertuduhan di mahkamah dan telah
berikar untuk tidak lagi setia kepada BN.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata setiap pembelot akan
diperhatikan dan tahap penglibatan mereka dalam kerajaan terdahulu akan dikaji.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kerajaan terdahulu diketuai pemimpin-pemimpin
tertentu. Tetapi jika mereka (pembelot BN) dah bersumpah menghentikan kesetiaan
terdahulu dan bebas daripada sebarang pertuduhan dan mahu menyertai mana-mana
parti atau menjadi bebas tetapi menyokong PH, kita akan sokong mereka,”
katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan
kenapa PH menerima ramai pembelot BN pada sidang media untuk mengumumkan
pembentukan Kabinet di Wisma Yayasan Selangor, di sini, pada Sabtu.
Dalam sidang media itu, Dr Mahathir menamakan calon tiga
jawatan kanan dalam barisan Kabinet baharu iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan
Eng sebagai Menteri Kewangan, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad
Sabu sebagai Menteri Pertahanan.
Sebagai rujukan kepada Sarawak, Dr Mahathir berkata
perbincangan masih dijalankan antara PH dan pemimpin negeri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kami berjumpa dengan ramai orang dalam kerajaan
Sarawak dan kami akan melihat sama ada ia memberi manfaat kepada kami atau
tidak dan kami akan bertindak sewajarnya,” katanya.
Semalam, Dr Mahathir mengadakan perbincangan dengan Yang
di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Kuala Lumpur untuk
kemungkinan BN Sarawak menjadi sekutu PH dalam kerajaan baharu.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel