Connect with us

Berita Lain

PM S’pura Temu Tun M Sabtu


SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong
mengumumkan di Parlimen hari ini beliau akan melawat Malaysia Sabtu ini untuk
mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan baharunya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir, pemimpin Pakatan  Harapan, mengangkat  sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7
pada 10 Mei selepas gabungan itu memenangi pilihan umum yang baru selesai,
dengan itu menjadi perdana menteri pertama paling tua di dunia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ekspektasi kerajaan baharu Malaysia begitu tinggi, dan saya
fikir Dr Mahathir cukup sibuk dalam beberapa hari akan datang. Tetapi saya bercadang
menemui beliau pada Sabtu, dan memberitahunya saya berharap dapat bekerjasama
semula dengan beliau demi faedah bersama,” Lee disebut sebagai berkata demikian
oleh Channel NewsAsia semasa perbahasan Ucapan Presiden.
Lee menambah beliau juga kenal biasa dengan ahli politik
Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya juga cukup kenal Anwar Ibrahim kerana beliau
merupakan rakan sejawatan saya semasa menjadi timbalan perdana menteri,”
kata Lee.
Anwar, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibebaskan
hari ini selepas menjalani  hukuman  penjara selama tiga tahun setelah mendapat
pengampunan  diraja daripada Yang
di-Pertuan Agong.  


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menyentuh cabaran luar yang dihadapi Singapura dalam
ucapannya di Parlimen, Lee berkata Singapura sentiasa mempunyai hubungan baik
dengan “jiran terdekat” Malaysia di bawah kerajaan yang dipimpin oleh bekas
perdana menteri  Datuk Seri Najib Tun
Razak serta pentadbiran yang diketuai Dr Mahathir sebelum itu. 
“Kami telah  juga
bekerjasama dengan Dr Mahathir dan dengan beberapa  pasukan beliau dahulu. Kami menyiapkan projek
bersama Malaysia bila Dr Mahathir menjadi perdana menteri dahulu, termasuk
pembinaan Linkedua di Tuas,” kata beliau.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel