Connect with us

Berita Lain

Polis Serbu Apartmen Mewah Dikaitkan Dengan Keluarga Najib


SHAH ALAM – Agensi media Reuters melaporkan, polis menyerbu
sebuah apartmen mewah di Kuala Lumpur dipercayai milik keluarga bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencari beberapa dokumen penting
berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Menurut pegawai kanan polis, tindakan itu dibuat susulan
arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melarang bekas perdana
menteri itu meninggalkan Malaysia selepas disyaki terlibat dalam salah laku
skandal 1MDB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Polis berkata, mereka bertindak selepas menerima aduan
bahawa terdapat kenderaan milik kerajaan yang menghantar puluhan kotak
dipercayai koleksi beg tangan berjenama dan barangan lain milik isterinya,
Datin Seri Rosmah Mansor ke apartmen berkenaan, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, jurucakap bekas perdana menteri itu tidak
dapat dihubungi untuk sebarang komen.
Agensi berita itu berkata, terlihat kira-kira 20 pegawai
polis memasuki lobi apartmen di Pavilion Residences ketika Tun Mahathir sedang
mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan anggota Kabinetnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Turut kelihatan di apartmen berkenaan ialah kakitangan
keselamatan dari bangunan itu.
“Kami sedang mencari dokumen kerajaan yang mungkin
telah diambil secara haram kerana kerajaan bimbang ia adalah bukti penting dan
bimbang dilarikan ke luar negara,” kata seorang pegawai kanan polis yang
tidak mahu disebut namanya.
Semalam, Pemuda Bersatu, Ben Ali yang dihubungi Sinar Harian
mengesahkan bahawa memang benar beliau telah membuat laporan polis kira-kira
jam 1.30 pagi tadi berkenaan pemindahan barangan berjenama peribadi didakwa
milik Rosmah.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel