Connect with us

Berita Lain

Tunjuk Resit Beli Barang Berharga, Kadir Jasin Beritahu Najib

Foto: Kosmo



PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak
perlu menunjukkan resit sebagai bukti pembelian barang kemas dan berjenama oleh
dirinya serta keluarga, kata Datuk A Kadir Jasin, jurucakap Majlis Penasihat
Kerajaan.

Beliau juga meminta mereka yang memberi hadiah kepada Najib
dan keluarganya tampil membuat akuan bersumpah (SD) tentang hadiah
masing-masing.
“Beliau boleh tunjukkan resit dan SD itu kepada pegawai
penguat kuasa. Beliau disiasat atas skandal 1MDB dan skandal lain.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Beliau kata sesetengah barangan yang diambil polis itu,
sama ada dibeli atau dihadiahkan kepada mereka. Mana kita nak tahu jika
barangan itu dicuri atau dibeli menggunakan duit hasil titik peluh mereka?
“Cara betul ialah menunjukkan resit pembelian dan sijil
keaslian barangan yang dibeli Najib dan isterinya,” katanya kepada FMT.
Kadir diminta menjelaskan catatan di Facebooknya yang
mendesak Najib menunjukkan bukti resit pembelian barangan yang dirampas polis.
Pada 17 Mei lepas, polis menggeledah 3 kondominium mewah di
Kuala Lumpur yang dikaitkan dengan keluarga Najib, dan merampas 284 kotak
mengandungi beg tangan mewah dan 72 beg berisi barang kemas, wang tunai, jam
tangan dan barang berharga lain.
Selain 3 kondominium itu, polis turut menggeledah 3 premis
lain sejak malam Rabu lepas, iaitu kediaman peribadi Najib di Taman Duta,
pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri dan kediaman rasmi perdana menteri di
Seri Perdana, Putrajaya yang digunakan Najib sejak 2009.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Kadir berkata, resit biasanya diberikan kepada pelanggan
membeli barang kemas atau barangan berjenama sebagai bukti jualan, dan Najib
tentu menerima resit demikian jika beliau dan isterinya membeli barangan
tersebut.
“Sekiranya barangan itu dihadiahkan kawan yang pemurah,
mereka mesti beritahu ia adalah hadiah. Perlu ada SD yang membuktikan mereka
memberi hadiah itu kepada Najib.”
Kenapa menteri kewangan simpan wang di bawah bantal?
Kadir turut mempersoalkan kenapa wang tunai dilaporkan
ditemui dan beg bagasi, sedangkan rakyat Malaysia menyimpan wang di bank yang membantu
ekonomi berkembang.
“Menyimpan wang di bawah bantal tidak menjana pendapatan.
Kenapa beliau tidak menyimpannya di bank?
“Beliau simpan wang di rumah. Itu juga tidak selamat.”
Kadir berkata, penguat kuasa perlu menyiasat semua sumber
pendapatan Najib.



– FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel