Connect with us

Berita Lain

‘Umno Ibarat Kapal Tenggelam Boleh Diangkat Semula Ke Air’


Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ahmad Maslan menyamakan
partinya dengan kapal yang sedang tenggelam.
Bagaimanapun, menurut Ahmad beliau yakin jika Umno bersatu,
parti itu tidak akan lama menjadi pembangkang.
“Dengan izin Allah kita mungkin tidak lama jadi
pembangkang sebagaimana yang berlaku di negeri yang kita kalah. Kita yakin
Malaysia ini, kita kalah tetapi kita boleh menang balik,” katanya dalam
rakaman video disiarkan Umno Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada piihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu Umno dan BN
buat pertama kali dalam sejarah tewas di peringkat persekutuan selepas 61 tahun
berkuasa.
Parti itu juga kehilangan semua negeri kecuali Perlis dan
Pahang. Manakala Sarawak mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan
daripada pilihan raya umum.
“Kita berikan kepercayaan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mereka mentadbir dan
mengepalai parti ini.
“Dengan sokongan padu itu maka Insya Allah parti kita
yang umpama kapal yang sudah tenggelam ini boleh diambil, boleh diangkat
kembali ke permukaan air dan diselamatkan semua isi-isi di dalam nya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Yakinlah bahawa jika kita bersatu, kita akan kuat dan
kita akan boleh hadapi mereka,” katanya yang juga Timbalan Ketua Umno
Bahagian Pontian.
Ahmad berkata Pakatan Harapan hanya menang 122 kerusi
daripada 222 kerusi parlimen dan ia bukan merupakan kemenangan besar.
“Oleh kerana itu kemenangan mereka tidak membolehkan
mereka mendabik dada. Mereka harus memenuhi manifesto yang telah mereka
janjikan
“Manifesto yang menjanjikan bulan dan bintang itu harus
mereka tunaikan. Jika mereka tak tunaikan percayalah rakyat akan bangkit dan
tukar kerajaan yang ada ini,” ujarnya.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel