Connect with us

Berita Lain

Wanita 54 Tahun Meninggal Di Pusat Mengundi


DUNGUN – Seorang wanita tidak sempat mengundi apabila dia
meninggal dunia ketika sedang beratur menunggu giliran di Pusat Mengundi
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, pagi ini.

Rokiah Sulong, 54, dari Kampung Pelandang tiba-tiba rebah di
pusat terbabit, kira-kira jam 8.20 pagi.
Anak sulong mangsa, Nur Zita Md Nor, 36, berkata dia membawa
ibu itu ke pusat mengundi, kira-kira jam 8 pagi.
Katanya, dia ketika itu beratur di saluran dua manakala
ibunya itu beratur di saluran empat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya mendengar suara ada orang rebah dan tak sangka ia
adalah ibu sebelum seorang penduduk memaklumkan kepada saya.
Saya bergegas ke saluran ibu dan mendapati ibu ketika itu
sudah tidak sedarkan diri dan saya ajarnya mengucap dua kalimah syahadah,”
katanya.
” Pegawai Perubatan yang tiba mengesahkan ibu sudah
meninggal dunia sebelum dibawa ke rumah untuk urusan pengebumian.
“Ibu memang ada menghidap penyakit darah tinggi dan sentiasa
berjumpa doktor tiga bulan sekali,” katanya sambil menambah sebelum ke tempat
mengundi, ibunya sempat makan ubat dan arwah sangat gembira dan tidak sabar
untuk mengundi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan
Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel