Connect with us

Berita Lain

Zahid Guna Bahasa Jawa Dekati Pengundi


BAGAN DATUK — Mungkin agak jarang kedengaran Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid bertutur fasih bahasa Jawa terutama menghadiri program rasmi.

Namun apabila Timbalan Perdana Menteri pulang ke kawasan,
beliau bukan sahaja berucap dalam bahasa Melayu bahkan tidak kekok bila
bercakap dalam bahasa Jawa, lebih-lebih lagi bila menghadiri apa-apa program
yang melibatkan kehadiran masyarakat keturunan Melayu-Jawa.

Begitulah keunikan pemimpin tempatan itu yang mampu
menyantuni dengan bertutur secara berseloroh yakni mengurangkan rasa jurang
perbezaan dan membina ikatan keakraban antara pemimpin dengan penduduk tempatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ahmad Zahid, 65, yang berdarah keturunan Jawa, akan
mempertahankan Parlimen Bagan Datuk untuk penggal kenam pada Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14), 9 Mei ini, dan ajan berdepan pertandingan tigap enjuru iaitu
calon PKR, Pakhrurrazi Arshad dan Ata Abdul Muneim Hasan Adli (PAS).
Untuk kempen hari ketiha hari ini, beliau menghadiri
beberapa program termasuk ramah mesra penduduk dan petugas Jalinan Rakyat (JR)
program Kenduri Sekampung di Kampung Badri di Hutan Melintang.
Ucapan Ahmad Zahid di program itu boleh dikatakan mengguna
kira-kira 50 peratus bahasa Jawa diselang seli dengan bahasa Melayu.
“Tengok, mereka (media) bukan faham apa yang kita cakap.
Biarkan. Ini untuk kita.
“Yang penting kita faham,” kata Ahmad Zahid sambil disambut
dengan sorakan dan tepukan masyarakat setempat yang hadir.
Turut hadir calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain itu, ucapannya yang sering diulangi Ahmad Zahid ialah
berjanji akan menyerahkan wang peruntukannya sebagai Anggota Parlimen sebanyak
RM6 juta setahun yang dibahagikan sama rata kepada DUN Hutan Melintang dan DUN
Rungkup jika kedua-dua kerusi itu dimenangi Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
Jelas beliau, ia sebagai tanda penghargaannya kepada
penduduk Bagan Datuk yang terus memberi kepercayaan kepada BN untuk terus
berkuasa di situ di mana peruntukan tersebut akan diberikannya dalam tempoh
lima tahun, yakni masing-masing akan memperolehi peruntukan RM15 juta.
“Kalau Datuk Khairuddin Tarmizi menang di DUN Hutan
Melintang, mesti ramai bertanya, apa yang akan cawangan dan komuniti rakyat
India, Cina dan Melayu di situ akan dapat.
“Jangan risau, saya akan bagi peruntukan yang Parlimen Bagan
Datuk dapat daripada perdana menteri untuk Hutan Melintang begitu juga DUN
Rungkup. Jadi bolehlah mereka gunakannya untuk bantu rakyat,” katanya.
Parlimen Bagan Datuk mempunyai 47,215 pengundi berdaftar
terdiri daripada 27,997 pengundi Melayu (59.30%); 8,389 Cina (17.77%) dan
10,114 India (21.42%). — BERNAMA


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel