Connect with us

Berita Lain

1MDB: Ahmad Said Sahkan 17 Muka Surat Dokumen TIA


PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad
Said hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi mengesahkan 17 muka surat dokumen yang
dikemukakan terhadapnya berhubung syarikat asal 1MDB, Terengganu Investment
Authority Berhad (TIA).
“Mereka kemukakan 17 muka surat. Yang mana benar saya
sahkan,” katanya.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut butiran kandungan
muka surat tersebut.
“Saya tidak mahu ganggu siasatan,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, kehadirannya untuk menjelaskan beberapa perkara
berkaitan dengan TIA sebelum kerajaan negeri menarik balik syarikat itu dan
diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan yang ditukar nama sebagai 1MDB.
Beliau berkata, rakaman keterangan diambil hampir lima jam.
“Ia bermula jam 10.50 pagi dan berakhir 4 petang,”
katanya.
Beliau menegaskan, kehadirannya ke Ibu Pejabat SPRM adalah
secara sukarela.
“Kebetulan semalam ada temu bual dengan Astro Awani,
jadi saya ambil kesempatan ini untuk hadir ke SPRM.
“Saya juga sedia memberikan kerjasama sekiranya
diperlukan lagi,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Adun Kijal itu hadir ditemani menantunya, Syahirpul Musa
dilihat memasuki pekarangan SPRM jam 9.30 pagi.
Sebelum ini, Ahmad mengulangi pendiriannya sedia bekerjasama
dengan SPRM berhubung syarikat pelaburan kontroversi itu.
1MDB ditubuhkan sebagai sebuah syarikat di bawah Menteri
Kewangan Diperbadankan (MKD) mempunyai kaitan secara langsung dengan Terengganu
Investment Authority Berhad (TIA).
TIA ditubuhkan Kerajaan Terengganu pada 27 Februari 2009
yang ketika itu diterajui oleh Ahmad.
Tujuan asal penubuhan TIA adalah untuk mewujudkan dana
kekayaan negara (Sovereign Wealth Fund) dengan dana permulaan berjumlah RM11
bilion.
-Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel