Connect with us

Berita Lain

Anwar semakin pulih



KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan semakin pulih selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat sakit bahu dan belakang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang melawat suaminya sebelum menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar Selangor di Shah Alam, berharap Anwar akan pulih dalam tempoh terdekat.


“Selepas (dimasukkan ke hospital) semalam, (dia) lebih baik pagi ini. Saya jumpa dia sebelum datang ke sini. Alhamdulillah, teruskan berdoa, kami sangat berterima kasih atas segala sokongan dan doa yang diberikan kepadanya.


“Kami harap dia akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.


Anwar dilaporkan mengalami kesakitan di bahu dan belakang selepas kembali dari Turki baru-baru ini.


Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah yang juga Presiden Pakatan Harapan dan PKR berkata, pihaknya menerima sesiapa saja menyertai gabungan itu untuk berkhidmat kepada negara.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang keluar dari UMNO dan Barisan Nasional (BN), serta memberi sokongan kepada PH dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Itulah prerogatif dan pilihannya. Kami mengalu-alukan sesiapa atau menyertai (PH) dan membuat perubahan untuk negara ini,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Ditanya jika PH akan menerima Noor Azmi sebagai ahli jika mahu menyertai pakatan itu, beliau berkata: “Kami menyerahkannya ke PH negeri untuk membincangkannya,” katanya.


Noor Azmi dalam sidang akhbar awal hari ini mengesahkan akan menjadi Ahli Parlimen Bebas dan berharap rakyat memahami serta menerima keputusannya.


Mengenai peguam dan aktivis Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, yang ditangkap malam tadi kerana didakwa menculik anak guamnya sendiri dari hospital dan menghalang polis dari menjalankan tugas mereka, Wan Azizah berkata perkara itu perlu diserahkan kepada pihak polis .


“Penangkapan Siti Kasim? Saya minta maaf. Tolong beritahu saya (berita). Saya tidak mengikuti (berita). Saya sibuk dengan suami malam tadi dan tidak mengikuti berita itu,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel