Connect with us

Berita Lain

Bapa Altantuya bakal jumpa Peguam Negara



DR Shaariibuu Setev iaitu bapa kepada model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh di negara ini pada 2006, kini berada di ibu negara dan dijangka berjumpa Peguam Negara, Tommy Thomas, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Peguam beliau, Ramkarpal Singh, dalam satu jemputan media memaklumkan, beliau dan anak guamnya dijadualkan bertemu Peguam Negara pada jam 3 petang hari ini di Putrajaya dan akan mengadakan sidang media kira-kira 4.30 petang esok selepas perjumpaan terbabit.


“Antara tujuan perjumpaan ini adalah untuk memohon Peguam Negara yang baharu mempertimbangkan dengan serius supaya siasatan terhadap pembunuhan Altantuya dibuka semula,” katanya yang enggan mengulas lanjut sehingga berjumpa dengan Peguam Negara.


Sebelum ini, Ramkarpal menyifatkan kesediaan kerajaan Australia untuk mengekstradisi Sirul Azhar Umar (yang disabit kesalahan membunuh Altantuya) balik ke Malaysia sebagai perkembangan positif yang baik untuk menegakkan keadilan terhadap Altantuya.


Beliau juga dipetik berkata, pihaknya akan memohon supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat motif di sebalik pembunuhan Altantuya.


Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia, Azilah Hadri dan Sirul Azhar.


Keputusan itu dicapai selepas mereka didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam pada 19 Oktober dan jam 1 pagi pada 20 Oktober 2006.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar serta membebaskan mereka daripada tuduhan itu.


Bagaimanapun, pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan serta memutuskan bahawa Sirul Azhar dan Azilah bersalah dan menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel