Connect with us

Berita Lain

Dr M: ‘Negara Boleh Bankrap Jika Najib Menang PRU14’

PUTRAJAYA – Negara boleh bankrap sekiranya Datuk Seri Najib
Tun Razak terus diberikan mandat pada PRU14 lalu.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia
berdasarkan manifesto Najib yang berjanji akan memberikan peruntukan besar
kepada setiap negeri jika BN terus memerintah negara.

“Kalau Najib menang, dalam manifesto dia janji nak bagi
tiap-tiap negeri, RM60 bilion, RM70 bilion, RM80 bilion. Kita ada 13 buah
negeri. Persoalannya, duit yang dia nak bagi itu datang daripada mana?

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dia akan pinjam lagi. Ia akan jadi lagi banyak. Bukan RM1
trilion sahaja. Jadi bila sampai kepada tahap kita tidak mampu untuk membayar.
Hutang kalau kita tidak bayar, boleh diumumkan negara kita bankrap,” katanya
dalam temu bual eksklusif dengan Sinar Harian.

Menurutnya, beliau turut hairan mengapa Najib sanggup
berhutang dengan kadar bunga enam peratus selain komisen sebanyak 10 peratus
yang disifatkannya cukup tinggi.
“Dulu waktu saya jadi perdana menteri, ya kita bangunkan
banyak juga. Kita ada Lebuh raya Utara-Selatan, lapangan terbang, kereta api
landasan berkembar dan sebagainya. Macam-macam kita buat tetapi kita tidak
hutang banyak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kalau kita nak hutang pun kita berkira. Jepun bagi hutang
dengan kadar bunga hanya 0.7 peratus. Macam dapat percuma sahaja. Tetapi Najib
hutang dengan kadar bunga enam peratus, komisen 10 peratus. Saya tidak tahu
mengapa dia buat seperti itu. Saya hairan. Bermakna dia tidak peduli kalau
negara jadi bankrap,” katanya.
Justeru, apa yang mahu dilakukan oleh kerajaan kini adalah
untuk mengurangkan pinjaman dan dalam masa sama meminimumkan hutang yang sedang
ditanggung negara.
“Kalau dia menang dia nak buat lagi. Dia dah kata dalam
manifesto. Sebab itu kita bukan nak belanja lagi. Kita nak kurangkan. Kalau
kita nak bayar, kita kena cari jalan. Bukan nak pinjam untuk membayar.
“Negara tidak patut hutang lebih daripada kemampuan. Kita
belanja setakat kita mampu sahaja,” katanya.




– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel