Connect with us

Berita Lain

Dua beranak warga emas ajal bersama



IBU dan anak maut selepas Proton Wira dinaiki dilanggar Toyota Vios ketika mahu keluar dari persimpangan jalan di Kilometer 108 Kampung Bukit Batu Senggarang, Batu Pahat, dekat sini kira-kira 6 pagi, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa yang maut Surip Damiri, 80, dan anaknya, Ithnin Tahir, 61 akibat parah di anggota badan.


Katanya, kemalangan jalan raya dipercayai berlaku ketika mangsa dari arah simpang Kampung Bukit Batu, manakala pemandu Toyota Vios dari arah bandar Batu Pahat.


“Sampai di tempat kejadian, mangsa ingin keluar dari simpang sebelah kiri, namun datang Toyota Vios lalu melanggar Proton Wira di bahagian kanan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.


Sementara itu, polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati memandu dalam cuaca yang tidak menentu serta mematuhi undang-undang jalan raya berikutan tiga kemalangan membabitkan empat kematian dalam tempoh 24 jam di daerah ini termasuk membabitkan kes berkenaan.


“Dalam kejadian pertama kira-kira 1 pagi, seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas motosikal ditunggang merempuh kereta di persimpangan lampu isyarat Simpang Lima Parit Sulong.


“Dalam kejadian kedua, seorang lagi penunggang motosikal berusia 37 tahun maut selepas hilang kawalan dan terbabas dalam kemalangan di Parit Haji Salleh Ros Parit Raja, kira-kira 2 pagi berikutnya,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau berkata, semua yang maut dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel