Connect with us

Berita Lain

Harapan kekal jika ekonomi Melayu makin baik



KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan perlu menangani isu ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dari golongan berpendapatan pertengahan dan rendah jika mereka mahu terus berkuasa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Memetik laporan Malaysiakini, Ketua Biro Politik Pendidikan DAP, Liew Chin Tong berkata, jika kehidupan orang Melayu dari golongan tersebut bertambah baik, Harapan tidak akan berdepan masalah dalam PRU akan datang.


“Kita mahu menjaga kebajikan orang Melayu kelas menengah dan rendah, pastikan kehidupan mereka lebih baik.


“Jika kehidupan mereka bertambah baik dalam masa lima tahun, kita tidak akan menghadapi masalah pada pilihan raya akan datang. Inilah cabaran Harapan,” katanya dalam temu bual dengan Sin Chew Daily.


Liew berkata dengan jika kehidupan rakyat bertambah baik, ditambah andaian tidak berlaku apa-apa krisis ekonomi global yang besar, rakyat yang mempunyai lebih pendapatan untuk dibelanjakan akan membantu pertumbuhan ekonomi negara.


Untuk berbuat demikian, katanya, pentadbiran Harapan perlu mencari cara untuk meningkatkan gaji dan mewujudkan peluang pekerjaan, memecahkan monopoli, serta menamatkan gejala korupsi dan amalan kronisme.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau berkata, sekiranya mereka dapat memerangi rasuah secara berkesan dan mewujudkan kira-kira 20,000 pekerjaan setiap tahun, Harapan tidak akan menghadapi masalah untuk mengekalkan pentadbiran di Putrajaya pada pilihan raya akan datang.


Dalam temu bual itu, Liew juga memberi peringatan kepada Harapan bahawa sejak pilihan raya 9 Mei lalu, rakyat Malaysia tidak lagi takut untuk mengundi untuk perubahan jika janji-janji dan manifesto mereka tidak ditunaikan.


-sinar harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel