Connect with us

Berita Lain

Kepimpinan UMNO Bagan Serai Desak Noor Azmi Letak Ahli Parlimen



Kepimpinan UMNO Bahagian Bagan Serai mendesak Ahli Parlimen
Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali meletakkan jawatannya selepas
mengumumkan untuk meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat
berkata, Noor Azmi perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen yang
dimenanginya dan bertanding sekali lagi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen
Bagan Serai dengan mewakili parti lain.

“Melalui PRK yang dilakukan, kita dapat lihat sama ada
penduduk di Parlimen Bagan Serai akan memberi kemenangan kepadanya atas faktor
beliau wakil UMNO dan BN atau berdasarkan aspek karisma diri seperti yang
didakwanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya akui kepimpinan UMNO bahagian pernah menolak
pencalonan semula Noor Azmi sebagai calon Ahli Parlimen mewakili BN pada
PRU-14, namun apabila pucuk pimpinan pusat telah memutuskan untuk mengekalkan
Noor Azmi, kami akur dengan keputusan itu,” katanya.
Tambah Sham, beliau nyata kecewa dengan tindakan Noor Azmi
selepas ahli UMNO dan BN Bagan Serai berhempas pulas untuk memastikan
kemenangan beliau pada PRU-14, namun beliau telah mengkhianati parti.
Menurutnya, tindakan Noor Azmi telah mengecewakan 17,000
pengundi yang menyokongnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Dakwaan beliau yang menyatakan terdapat unsur sabotaj
dari UMNO Bagan Serai dianggap sebagai tidak berasas. Kami menolak dakwaan
beliau disabotaj pihak kami kerana sekiranya perkara itu benar-benar berlaku,
Noor Azmi sudah pasti tidak berpeluang mengekalkan kerusi Parlimen Bagan Serai
bagi penggal kedua.
“Keputusan beliau keluar dari UMNO dan Barisan Nasional
(BN) hari ini sebenarnya amat mengecewakan semua ahli UMNO Bahagian Bagan Serai
dan lebih 17,000 pengundi yang menyokongnya pada PRU-14,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel