Connect with us

Berita Lain

Kerajaan Mahu Rombak Polis, Imigresen Kerana ‘Berserabut’ – KDN



Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dirombak dan disusun semula berikutan struktur yang disifatkan ‘berserabut’, demikian kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, rombakan itu yang hanya dilakukan selepas berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberikan penjelasan, turut dibuat kerana kedua-dua jabatan itu menerima aduan paling tinggi daripada orang ramai, yang dikirakan perlu diselesaikan segera.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tujuannya tidak lain supaya peranan agensi-agensi di bawah kementerian kita berjalan mengikut dasar-dasar yang ditetapkan kerana kita (jabatan dan agensi KDN) berdepan berbagai-bagai tanggapan yang agak negatif.
“Selaku menteri saya sedar perkara ini dan ia adalah satu perkara yang tidak baik dari sudut imej dan juga keyakinan dan kepercayaan rakyat jelata kepada KDN,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di Muar, hari ini.
Muhyiddin berkata rombakan itu juga diharap dapat memperbetul dan menyelesaikan beberapa kepincangan yang dikesan dalam agensi berkaitan sebelum ini antaranya berhubung proses pemutihan pendatang asing tanpa izin (PATI).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Mengenai isu lain, beliau yakin polis akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menangkap Jho Low, individu dipercayai suspek utama kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Arahan untuk menangkap Jho Low dan membawa balik beliau telah lama saya minta PDRM buat. Jadi, tunggulah…,” katanya.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel